Password Doa Melalui halaqah TV9
Untuk Memastikan doa kita dimakbulkan, kita kena pastikan semua aspek dalam kehidupan kita adalah HALAL.....contohnya, duit bukan daripada sumber haram ( claim lebih, rasuah, etc)
Passwordnya ialah Y2K + Adab2 Berdoa.
Y2 = Yakin pada 2 perkara:
1. Yakin apabila berdoa, kita sebenarnya sedang berinteraksi dengan Allah.
2. Yakin Allah akan memakbulkan doa kita.
K= Khusyuk:
(Untuk mendapatkan khusyuk, kita kenalah faham doa yang kita baca)
Tambahan: Adab- Adab Berdoa
1. Berdoa mengadap kiblat
2. Berdoa dalam keadaan berwudhuk
3. Menadah tangan
4. Suara tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu perlahan
5. Buka dengan selawat dan akhiri dengan selawat
6. Doa daripada Al-Quran( adalah terbaik), hadis dan para ulama.
dan lain-lain
.
Berdoalah. Allah suka hamba yang meminta dan merayu kepadaNya.
Tapi nak doa ni kena tau passwordnya, ada adabnya, ada caranya. Kalau salah password dan tak jaga adab mungkin tu sebab Allah tak perkenankan doa kita
Password doa ialah Y2K + adab2 berdoa
(Ustaz Syed Norhisham al-Idrus. Halaqah. 1 Mac 2011)
Yakin dua perkara:
1. Allah mendengar rintihan hamba-Nya
2. Allah perkenankan setiap doa hamba-Nya
+
Khusyuk
(rahsia untuk khusyuk ialah faham apa yang kita doa. tak guna berdoa dalam bhs arab kalau tak faham. sebab tu kena tahu makna bacaan dalam solat baru sampai ke hati apa yang kita baca:)
1. Allah mendengar rintihan hamba-Nya
2. Allah perkenankan setiap doa hamba-Nya
+
Khusyuk
(rahsia untuk khusyuk ialah faham apa yang kita doa. tak guna berdoa dalam bhs arab kalau tak faham. sebab tu kena tahu makna bacaan dalam solat baru sampai ke hati apa yang kita baca:)
Maksudnya, masa doa tu kita kena betul-betul yakin yang Allah DENGAR dan yakin Allah akan PERKENANkan doa kita. Jangan ada rasa ragu-ragu. Selalulah bersangka baik dengan Allah.
Kalaupun doa kita tak diperkenankan, yakinlah bahawa Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik buat kita.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Contohnya, bayi yang nampak seekor ular excited nak pegang ular tu dan bermain dengannya. sebab 'ilmu bayi' sangkakan ular tu comel dan boleh dibuat main. Tapi mak bayi tersebut tak bagi anaknya dekat dengan ular tu, sebab dia tahu ular tu bahaya dan boleh bawak maut! begitulah perumpamaan Allah dengan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin apa yang kita mintak akan buatkan kita lebih jauh dariNya, sebab tu Dia tak perkenankan doa kita. Mungkin Allah saja je bagi kau sakit lama-lama supaya kau selalu bangun tahajud untuk ingat Dia. wallahualam.
Ingatlah, jika Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Jika Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu..Tapi jika Allah tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu..sentiasalah bersangka baik padaNya
p/s: Nabi Zakaria sendiri setelah 40 tahun meminta, baru dikurniakan cahayamata. jadi jangan pernah penat berdoa. Makbul atau tidak, itu urusanNya. tugas kita hanya berdoa, berdoa dan terus berdoa
No comments:
Post a Comment