Cinta hAwA dAN aDAM....AmehemeYana DreamandHope

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''ا

(AKU DAN DIRIKU.. ME AND MYSELF..) "We Must Look The LIFE With Lift Up The Head To Stars Through A TELESCOPE Technique Even Also Needed Think Deeply The LIFE Like Showing Careful Attention To The Bacteria Through MICROSCOPE. The TWO LIFE, Far (Like Stars) And Near (Like Bacteria) Which Is Not Able For Us To Confront Or To Face Towards Without A Serious Observation And Earnest....."
mbed plugins

Friday, March 25, 2011

Hitam dan Putih Hati Seorang Lelaki.


Perempuan selalu anggap yang lelaki suka pandang perempuan yang cantik je. Disebabkan tu jugakla ramai perempuan yang berusaha untuk jadi cantik..

Kesannya, jadilah fenomena macam sekarang. Perempuan terlalu taksub dengan fesyen, dan ada yang sanggup beli "baju sekerat" hanya untuk nampak seksi..

Memang aku tak nafikan, lelaki memang suka pandang kat perempuan seksi. Tapi sebenarnya, lelaki jugak suka pandang kat perempuan yang solehah..


Hitamnya hati seorang lelaki.

Kalau nampak perempuan seksi, lelaki normal akan berperasaan camni:

"Perhh, seksinya dia tu. Kalau aku dapat buat jadi awek ni mesti best. Boleh gak buat geli-geli".

Perasaan lelaki terhadap perempuan seksi hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Ia bukanlah cinta. Dan tak tergerak pon untuk dibuat isteri..

Walaubagaimanapun, bukanlah semua lelaki akan approach dan pikat perempuan seksi. Sebab masih ada golongan lelaki yang teguh imannya..


Putihnya hati seorang lelaki.

Berbeza pulak pandangan lelaki kalau diorang tengok perempuan yang solehah. Lelaki akan berfikiran camni:

"Fuuh, sejuk mata memandang perempuan camni. Sopan je, tutup semuanya. Untung kalau buat jadi isteri ni".

Nampak tak perbezaan pandangan lelaki? Lelaki lebih serius pada perempuan yg solehah berbanding perempuan seksi dan gedik..


So, perempuan kat luar sana. Kalau korang taknak jadi santapan lelaki hanya sebab nafsu. Jagalah aurat dan tingkah-laku korang betol-betol..

Hitamnya hati seorang lelaki tu bila dia tertarik pada perempuan seksi. Dan putihnya hati seorang lelaki bila dia menjaga pandangan daripada melihat perempuan seksi, dan tertarik pada perempuan solehah..

Saturday, March 19, 2011

NaMakU ReMaja...








REMAJA. Usia. Dan setiap manusia kebanyakannya memang sentiasa menginginkannya. Sememangnya. NAMAKU REMAJA.
Apa yang dapat gambarkan tentang para remaja?
AH...memang mencabar hidup seorang remaja ini..
Apatah lagi di dunia akhir zaman ini..
Sungguh aku Takut. Aku sangat takut jika aku terpengaruh dgn rakan2 aku... Sungguh aku takut. Takut terpengaruh. Tapi,aku kena kuatkan diri. Aku harus kekalkan 'Jati Diri' sebagai seorang 'Remaja Islam'.

Bagi aku...Amir, Remaja pada zaman moden ini atau di akhir zaman ini sebenarnya harus 'Lebih Beriman' berbanding zaman dulu. Ini kerana di akhir zaman ini TERRRlalu banyak CABARAN dan UJIAN yang harus dihadapi lebih-lebih lagi dengan kecanggihan dan kemodenan dunia kini. Sungguh aku takut.Takut tenggelam 'lemas' dalam dunia yang kini kelihatannya seperti sentiasa diterangi dengan keseronokan dunia semata-mata. Lebih-lebih lagi para remaja Islam yang ramai tenggelam 'lemas' dalam dunia yang kebanyakannya disuburi oleh budaya "hedonisme".. Sungguh aku takut. Aku takut lalai dalam keseronokan dan budaya yang majoritinya 'diimport' masuk dari negara-negara barat(yang majoritinya banyak yang merosakkan para remaja lebih-lebih lagi para remaja Islam).. Sungguh aku sangat takut. Mudah-mudahan 'sauh' pada 'kapal kehidupan' aku ini sentiasa berpegang teguh pada ikatannya..apabila 'Ombak'(Cabaran dan Ujian) melanda, 'sauh(Jati Diri)' pada 'kapal'(Kehidupan) aku inilah yang akan aku gunakan untuk tidak terpelanting lemas di lautan yang luas.. Aku akan berusaha untuk teguhkan Jati Diriku spatutnya yang ada pada Seorang remaja seperti yang disarankan oleh ISLAM....

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Melalui hadis ini dapat kita simpulkan antara pengajarannya ialah tentang kehidupan seorang remaja itu yang dinaungi ALLAH S.W.T Kelak..
Pemuda(Merujuk kepada REMAJA) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

Sungguh tawaran yang diberikan oleh ALLAH S.W.T Itu sepatutnya dilihat oleh mata hati setiap remaja.
Tetapi apakan daya,NAMAKU REMAJA,aku,Amir..
,kadang-kadang terkalah juga dengan nafsu yang sentiasa menginginkan keseronokan dalam hidup di dunia yang sementara ini. Lebih-lebih lagi di usiaku yang remaja kini. pelbagai nafsu yang berunsurkan Enjoy adalah sangat maksimum dan membuak-buak. dan aku takut 'Iman aku tidak dapat mengikat nafsu' yang sentiasa inginkan keseronokan tanpa memikirkan masa depan.masa depan apa? tentunya masa depan di akhirat sana,yang kekal abadi. Tidak lupa juga masa depan di dunia. Kedua-duanya haruslah seimbang. Ku harapkan masa depan mendapat yang terbaik. masa depan yang berharga di sisi ALLAH S.W.T.

Sungguh aku takut. Budaya-budaya dan 'alat' yang diimport dari barat terlalu banyak. merangkumi muzik yang melalaikan(tanda-tanda kiamat,alat-alat muzik berleluasa), budaya fesyen yang merosakkan imej remaja Islam dan yang paling ditakuti adalah budaya seks bebas yang dibawa masuk oleh barat. budaya seks bebas ini bukan tertumpu kepada perkara utamanya,tetapi ia dimulakan dengan budaya fesyen para remaja perempuan kini khususnya dan kecanggihan media-media yang memaparkan adegan-adegan yang menjadi cabang pokok ke arah seks bebas. Sungguh aku sangat takut.
NAMAKU REMAJA. Sungguh aku takut dengan usia Remajaku. Mudah-mudahan diriku Kuat dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang remaja.
Alangkah baiknya jika usia remaja ini diisikan dengan amalan-amalan yang sepatutnya terhadap ALLAH S.W.T.. bukankah tujuan kita diciptakan oleh-Nya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada sang pencipta kita yang Maha Agung,ALLAH S.W.T?
Alangkah baiknya jika di usia Remaja ini dipenuhi dengan urusan dunia yang menjadi 'Mata Wang' Berharga kelak di sisi ALLAH S.W.T. Moga kita mendapat kejayaan di sana....bukan untuk diri aku sendiri....tp utk kita semua....

NAMAKU REMAJA.
Sungguh aku takut.
Aku takut SAUH ku akan terlepas dari ikatannya.
Aku takut KAPALku tidak dapat menahan hentaman ombak yang terlalu kuat.
Aku takut KAPAL yang ku nakhodakan diambil alih oleh para penjenayah..Ah..aku mahu kapalku di nakhdokan oleh aku..!
Moga aku dapat menentukan hala tujuku sendiri ke arah peta yang aku dapat daripada sumber yang sahih..dan aku mahu kapal aku sampai ke destinasi dengan jayanya!!!

Sediakan Kapal!
Canggihkan Kapal!
Check Sauh anda!
Tingkatkan Keselamatan!
BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI OMBAK DI LAUTAN!!!
NAMAKU REMAJA.

Ikhlas Dariku,Seorang Remaja yg tidak sempurna mana....Muhammad Amir....



Thursday, March 17, 2011

Maka : Hikayat Merong Mahawangsa


Berkesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa tadi… fuh! Lima jari aku bagi naik… eh, alamak… terlebih sudah. Ampa sudah tengok ka belum? Untuk meraikan kreativiti dan pembaharuan dalam industri perfileman tempatan… Hikayat Merong Mahawangsa terletak dalam kategori wajib tonton. Itu pendapat aku… mau aku kasi cerita sinopsis cerita ni? hahaha... Disebabkan oleh pihak panggung yang canggung tadi, sound filem tu kedengaran terlalu kuat… sehingga ke tahap yang tidak menyelesakan… ganggu fokus…
Dari segi jalan cerita, kisah epik ini sedikit tersimpang dari genre epik seperti Spartacus, Cleopatra , Troy dan yang sewaktu dengannya. Kenapa? penceritaan yang sedikit bercelaru dengan sesekali hilang fokus. Naratif pantas di awal babak, sepantas montaj ringkas yang singgah di Rom dan China… Suara si tukang naratif ? Hikayat Merong Mahawangsa dibayangi kisah cinta ekspres Putera Rom si Marcus dan Puteri China… bukan Ching Ching… Kisah seteru Pak Kesum dan Taji (geng Garuda) juga punya kisah untuk diceritakan… Kisah ibu Merong, Lang lakonan Umie Aida juga punya ruang untuk dikembangkan… Kita kehilangan separuh dari cerita hidup Merong Mahawangsa… cerita ni… macam tidak mau disambung lagi…
Babak -babak ? wow! Babak pertarungan menarik dan banyak. Aksi tempur yang tidak terlalu kaku. Darah berpercikan secara berleluasa… hehehe.
Babak romantik ? sedikit menjadi… babak lawak… banyak, dan memang menarik… satu panggung boleh gelak.
Stephen Rahman Hughes ( Merong Mahawangsa ) dan Gavin Stenhouse (Marcus) punya keserasian dan berdialog dengan begitu lancar dan pro sekali. Khir Rahman (Kamawas) dari puak Garudajuga punya lakonan yang mantap. Babak yang pasti penonton tak boleh lupa bila Kamawas cuba ambil kesempatan dan mahu ‘bersuka ria’ dengan Puteri China lakonan Jing Lu…( lawa jua aweks ni). Babak Jing Lu mandi macam bogel dalam filem ni mungkin akan mengundang kritikan dari mereka yang berfikiran ‘jauh’.. alahai…
ok..apa lagi aaa… oh ya! kualiti CGI dan syot filem? … alamaks! betullah… untuk sesuatu yang epik, teknik CGI yang biasa-biasa bukan tia bulih pakaitapi kena brush up lagi… proses pewarnaan filem dan efek… kadangkala terlalu kelam dan ketara … untuk punya syot menarik, sesuatu yang lebih realistik akan lebih memantapkan sesebuah filem epik… perahu, tongkang, kapal layar… senjata… dan juga bala tentera serta kostum dan aksesori lain… harus sepadan dan ‘cantik’ serta sesuai mengikut zaman tersebut…. kalau budget filem ni dalam 20 juta… rasanya, banyak lagi yang boleh buat…
tapi itu pendapat aku… korang tengok dulu… dan aku mungkin mau tengok sekali lagi… nanti…
harap2 akan ada versi yang panjang…. versi yang lebih menarik… dengan potongan antara babak yang lebih smooth…
oh… ayat aku hampir tunggang langgang… kemengantukan melanda… dan jari jemari masih mengetuk keyboard…
Korang tengok lah ceta ni memang best !!! Hikayat Merong Mahawangsa.....drpd KRU Studios...
sebelum 2 layan je jep lagu tema filem nih.....



                         Anuar Zain - Sedetik Lebih.....

Sunday, March 13, 2011

Jika dia benar untukku...

Jika dia benar untukku....              


                                                            Siti Liyana....
Jika dia benar untukku....


Assalamualaikum....haha long time no update lorh !!! 
suatu ketika dluw aq pnh dngr ungkapan nih...tp dah lupa sumbernya....
           ..."Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...


Mybe ungkapan ni sesuai dgn situasi aq skrg nih...pas aq jmpe seseorg ni...Mungkin bukan juga seseorg tetapi bg aku die ckup sesuai utk dijadikan peneman di dunia mahupun akhirat....
Dah lame hbungan aq dgn die terjalin lebih kurang setahun lebih...aq ase aq cm dh kenal lme sgt dgn die...
Makin lama aq kenal dgn die aq dh mula jatuh hati....yah aq tahu memang klw nk dibandingkan usia kmi beza hnya 3 tahun...tp 2 semua hnya pd angka....hati kita yg dh terpikat spe yg tahu???
Malangnya !!! bunga yg aku nk petik ni terlalu sukar dicari n ramai yg menanti utk dipetik sbg haruman di taman hati masing2...(gila sejak bila aq pndai berpuitis nih)
Bila kita xtahu apa yg Allah tentukan sehingga dari lauh mahfuznya lagi...
Aq xtahu sama ada dia akn jd teman aq until aq dewasa kelak or tidak !!! ahHh ntah la....sukar utk aq harapkan cuma doa saje yg aq perlu mohon agar aq tidak jauh daripada die...yg pasti hatinya sukar dicuri... susah utk aku ungkapkan yg aku amat merinduinya sbg teman yg aq xkn pnh lupa dari hidup aq...harapan aq agar dipertemukan apabila usia kmi meningkat dewasa kelak....dan biarla aq dan dirinya dgn mencapai impian msing2...insyallah !!!                                                   


Layan je lagu nih...best2....

Tuesday, March 8, 2011

Wanita Solehah lebih baik daripada bidadari syurga...

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga...

ASSALAMUALAIKUM.....

Syukur ALHAMDULILLAH kerana masih di beri peluang untuk terus berada di bumi ini. Semoga diri ini sentiasa istiqomah dalam melakukan setiap kebaikan. INSYALLAH. Kali ini, saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang saya rasa amat bermanfaat kepada kita semua terutama golongan wanita. Semoga perkongsian ini dapat membimbing kita semua ke arah kebenaran.

Bidadari syuraga?Pasti kita semua membayangkan yang indah-indah semuanya. Bidadari yang cantik, yang berbudi pekerti dan lain-lain, tapi sedarkah kita bahawa wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga? jadi, sama-samalah kita semua merebut peluang ini untuk menjadi wanita solehah.



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)



Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Berdasarkan hadis di atas, itu menunjukkan bahawa wanita solehah lebih baik dari bidadari syurga. Jadi, sebagai seorang muslimah yang masih di berikan peluang oleh ALLAH s.w.t untuk terus berada di bumi ini, haruslah sentiasa berusaha untuk menjadi wanita solehah. Berusahalah menjadi yang solehah kerana kita pasti akan merasai nikmatnya apabila menjadi seseorang yang sentiasa melabuhkan cinta kepada ALLAH. 

Wednesday, March 2, 2011

Password Doa Melalui halaqah  TV9


 Untuk Memastikan doa kita dimakbulkan, kita kena pastikan semua aspek dalam kehidupan kita adalah HALAL.....contohnya, duit bukan daripada sumber haram ( claim lebih, rasuah, etc)


Passwordnya ialah Y2K + Adab2 Berdoa.


Y2 = Yakin pada 2 perkara:

1. Yakin apabila berdoa, kita sebenarnya sedang berinteraksi dengan Allah.

2. Yakin Allah akan memakbulkan doa kita.

K= Khusyuk:

(Untuk mendapatkan khusyuk, kita kenalah faham doa yang kita baca)

Tambahan: Adab- Adab Berdoa

1. Berdoa mengadap kiblat

2. Berdoa dalam keadaan berwudhuk

3. Menadah tangan

4. Suara tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu perlahan

5. Buka dengan selawat dan akhiri dengan selawat

6. Doa daripada Al-Quran( adalah terbaik), hadis dan para ulama.

dan lain-lain
.

Berdoalah. Allah suka hamba yang meminta dan merayu kepadaNya. 
Tapi nak doa ni kena tau passwordnya, ada adabnya, ada caranya. Kalau salah password dan tak jaga adab mungkin tu sebab Allah tak perkenankan doa kita

Password doa ialah Y2K + adab2 berdoa
(Ustaz Syed Norhisham al-Idrus. Halaqah. 1 Mac 2011)

Yakin dua perkara:
1. Allah mendengar rintihan hamba-Nya
2. Allah perkenankan setiap doa hamba-Nya
+
Khusyuk 

(rahsia untuk khusyuk ialah faham apa yang kita doa. tak guna berdoa dalam bhs arab kalau tak faham. sebab tu kena tahu makna bacaan dalam solat baru sampai ke hati apa yang kita baca:)

Maksudnya, masa doa tu kita kena betul-betul yakin yang Allah DENGAR dan yakin Allah akan PERKENANkan doa kita. Jangan ada rasa ragu-ragu. Selalulah bersangka baik dengan Allah.
Kalaupun doa kita tak diperkenankan, yakinlah bahawa Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik buat kita. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, 
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Contohnya, bayi yang nampak seekor ular excited nak pegang ular tu dan bermain dengannya. sebab 'ilmu bayi' sangkakan ular tu comel dan boleh dibuat main. Tapi mak bayi tersebut tak bagi anaknya dekat dengan ular tu, sebab dia tahu ular tu bahaya dan boleh bawak maut!  begitulah perumpamaan Allah dengan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin apa yang kita mintak akan buatkan kita lebih jauh dariNya, sebab tu Dia tak perkenankan doa kita. Mungkin Allah saja je bagi kau sakit lama-lama supaya kau selalu bangun tahajud untuk ingat Dia. wallahualam.

Ingatlah, jika Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Jika Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu..Tapi jika Allah tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu..sentiasalah bersangka baik padaNya

p/s: Nabi Zakaria sendiri setelah 40 tahun meminta, baru dikurniakan cahayamata. jadi jangan pernah penat berdoa. Makbul atau tidak, itu urusanNya. tugas kita hanya berdoa, berdoa dan terus berdoa


YOU WANT THE BEST?? BE THE BEST FIRST....

~AKU BUKANNYA BAIK...TETAPI AKU INGINKAN YG TERBAIK...MAKA WAJIB KE ATAS DRIKU MENJADI BAIK... AKU JUGA INGIN MASOK KE SYURGA...MAKA TIADA PILIHAN LAIN LG BGKU MELAINKAN MELUNASKAN AMANAH DI DUNIA SBG TITI KE DESTINASI ABADI~


~LAWAN...HDOP INI MESTI MAU LAWAN....BUAT JAHAT MEMANG SERONOK....TAPI KENA BERANI TANGGONG LA SEKSAAN DI AKHIRAT KELAK....TAK TERTANGGUNG KITA...SUBHANALLAH.... TAK TERTANGGUNG KITA... SETIAP KEJAHATAN ITU TAK AKAN TERLEPAS DRPD HUKUMAN....TAK AKAN TERLEPAS... MAU LARI KE MANA KITA BILA SUDAH DI HADAPAN MAHA PENCIPTA...MAU KELENTONG APA KITA BILA DITANYA APAKAH PERBUATAN KITA SEPANJANG DI DUNIA... TAK BOLEH LARI KITA... TAK BOLEH LARI.... DI DUNIA BOLEH LA MAIN LARI2, SOROK2, SEMBUNYI2.... DI AKHIRAT NNTI??~


~ AKU INGIN LAWAN.... BKN MAU LAWAN ORG, LAWAN MAK AYAH...BUKAN BUKAN... NAK BERLAWAN DGN NAFSU...CHALLENGING TU... ORG BOLEH DAKI GUNUNG EVEREST, TERJUN DARI AEROPLANE, MENCABAR JGK TU...TP BERAPA RAMAI YG SANGGOP SAHUT CABARAN BERTARUNG DGN NAFSU?? TAK RAMAI... AKU MENGAKU... TERMASOKLAH AKU... BYK KALI TERKANDAS... & AKU YAKIN RAMAI JGK YG TEWAS... TAPI, SELAGI KITA HDOP, MASIH BERNYAWA, TAK ADA KATA MUNDUR... LAWAN TETAP LAWAN!!... WALAU SEBAGAIMANA SUSAH SEKALIPUN, AKU AKAN TRY,AKAN USAHA... SEHINGGA SUDAH TIBA MASA AKU MENYEBUT UTK KALI TERAKHIR KALIMAH SUCI "LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADUR ROSULULLAH"~


" I LUV ISLAM "


~MEKAR HDOP ISLAM SEPANJANG ZAMAN~