NaMakU ReMaja...
REMAJA. Usia. Dan setiap manusia kebanyakannya memang sentiasa menginginkannya. Sememangnya. NAMAKU REMAJA.
Apa yang dapat gambarkan tentang para remaja?
AH...memang mencabar hidup seorang remaja ini..
Apatah lagi di dunia akhir zaman ini..
Sungguh aku Takut. Aku sangat takut jika aku terpengaruh dgn rakan2 aku... Sungguh aku takut. Takut terpengaruh. Tapi,aku kena kuatkan diri. Aku harus kekalkan 'Jati Diri' sebagai seorang 'Remaja Islam'.
Bagi aku...Amir, Remaja pada zaman moden ini atau di akhir zaman ini sebenarnya harus 'Lebih Beriman' berbanding zaman dulu. Ini kerana di akhir zaman ini TERRRlalu banyak CABARAN dan UJIAN yang harus dihadapi lebih-lebih lagi dengan kecanggihan dan kemodenan dunia kini. Sungguh aku takut.Takut tenggelam 'lemas' dalam dunia yang kini kelihatannya seperti sentiasa diterangi dengan keseronokan dunia semata-mata. Lebih-lebih lagi para remaja Islam yang ramai tenggelam 'lemas' dalam dunia yang kebanyakannya disuburi oleh budaya "hedonisme".. Sungguh aku takut. Aku takut lalai dalam keseronokan dan budaya yang majoritinya 'diimport' masuk dari negara-negara barat(yang majoritinya banyak yang merosakkan para remaja lebih-lebih lagi para remaja Islam).. Sungguh aku sangat takut. Mudah-mudahan 'sauh' pada 'kapal kehidupan' aku ini sentiasa berpegang teguh pada ikatannya..apabila 'Ombak'(Cabaran dan Ujian) melanda, 'sauh(Jati Diri)' pada 'kapal'(Kehidupan) aku inilah yang akan aku gunakan untuk tidak terpelanting lemas di lautan yang luas.. Aku akan berusaha untuk teguhkan Jati Diriku spatutnya yang ada pada Seorang remaja seperti yang disarankan oleh ISLAM....
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
Melalui hadis ini dapat kita simpulkan antara pengajarannya ialah tentang kehidupan seorang remaja itu yang dinaungi ALLAH S.W.T Kelak..Pemuda(Merujuk kepada REMAJA) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
Sungguh tawaran yang diberikan oleh ALLAH S.W.T Itu sepatutnya dilihat oleh mata hati setiap remaja.
Tetapi apakan daya,NAMAKU REMAJA,aku,Amir..,kadang-kadang terkalah juga dengan nafsu yang sentiasa menginginkan keseronokan dalam hidup di dunia yang sementara ini. Lebih-lebih lagi di usiaku yang remaja kini. pelbagai nafsu yang berunsurkan Enjoy adalah sangat maksimum dan membuak-buak. dan aku takut 'Iman aku tidak dapat mengikat nafsu' yang sentiasa inginkan keseronokan tanpa memikirkan masa depan.masa depan apa? tentunya masa depan di akhirat sana,yang kekal abadi. Tidak lupa juga masa depan di dunia. Kedua-duanya haruslah seimbang. Ku harapkan masa depan mendapat yang terbaik. masa depan yang berharga di sisi ALLAH S.W.T.
Sungguh aku takut. Budaya-budaya dan 'alat' yang diimport dari barat terlalu banyak. merangkumi muzik yang melalaikan(tanda-tanda kiamat,alat-alat muzik berleluasa), budaya fesyen yang merosakkan imej remaja Islam dan yang paling ditakuti adalah budaya seks bebas yang dibawa masuk oleh barat. budaya seks bebas ini bukan tertumpu kepada perkara utamanya,tetapi ia dimulakan dengan budaya fesyen para remaja perempuan kini khususnya dan kecanggihan media-media yang memaparkan adegan-adegan yang menjadi cabang pokok ke arah seks bebas. Sungguh aku sangat takut.NAMAKU REMAJA. Sungguh aku takut dengan usia Remajaku. Mudah-mudahan diriku Kuat dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang remaja.
Alangkah baiknya jika usia remaja ini diisikan dengan amalan-amalan yang sepatutnya terhadap ALLAH S.W.T.. bukankah tujuan kita diciptakan oleh-Nya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada sang pencipta kita yang Maha Agung,ALLAH S.W.T?
Alangkah baiknya jika di usia Remaja ini dipenuhi dengan urusan dunia yang menjadi 'Mata Wang' Berharga kelak di sisi ALLAH S.W.T. Moga kita mendapat kejayaan di sana....bukan untuk diri aku sendiri....tp utk kita semua....
NAMAKU REMAJA.
Sungguh aku takut.
Aku takut SAUH ku akan terlepas dari ikatannya.
Aku takut KAPALku tidak dapat menahan hentaman ombak yang terlalu kuat.
Aku takut KAPAL yang ku nakhodakan diambil alih oleh para penjenayah..Ah..aku mahu kapalku di nakhdokan oleh aku..!
Moga aku dapat menentukan hala tujuku sendiri ke arah peta yang aku dapat daripada sumber yang sahih..dan aku mahu kapal aku sampai ke destinasi dengan jayanya!!!
Sediakan Kapal!
Canggihkan Kapal!
Check Sauh anda!
Tingkatkan Keselamatan!
BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI OMBAK DI LAUTAN!!!
NAMAKU REMAJA.
Ikhlas Dariku,Seorang Remaja yg tidak sempurna mana....Muhammad Amir....

No comments:
Post a Comment