Cinta hAwA dAN aDAM....AmehemeYana DreamandHope

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''ا

(AKU DAN DIRIKU.. ME AND MYSELF..) "We Must Look The LIFE With Lift Up The Head To Stars Through A TELESCOPE Technique Even Also Needed Think Deeply The LIFE Like Showing Careful Attention To The Bacteria Through MICROSCOPE. The TWO LIFE, Far (Like Stars) And Near (Like Bacteria) Which Is Not Able For Us To Confront Or To Face Towards Without A Serious Observation And Earnest....."
mbed plugins

Sunday, August 22, 2010

Lagi mengenai kesedihan..


Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?
Jawab Abu Umamah r.a:  Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).
Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?
Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).
Jawab Baginda (saw) :  pada waktu pagi dan petang bacalah:  Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)
Baca seterusnya di Koleksi Soal Jawab Agama
DITERBITKAN DALAM:
ON DISEMBER 7, 2008 AT 1:07 AM  TINGGALKAN KOMEN  
TAGS: 

Kata Mutiara Pengorbanan

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.

Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======
Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.
DITERBITKAN DALAM:
ON NOVEMBER 12, 2008 AT 7:00 AM  KOMENTAR (1)  
TAGS: 



Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?
Jawab Abu Umamah r.a:  Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).
Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?
Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).
Jawab Baginda (saw) :  pada waktu pagi dan petang bacalah:  Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)
Baca seterusnya di Koleksi Soal Jawab Agama
DITERBITKAN DALAM:
ON DISEMBER 7, 2008 AT 1:07 AM  TINGGALKAN KOMEN  
TAGS: 

Tuesday, August 17, 2010
















Pertemuan yg paling bermakna dalam hidup aku...

Assalamualaikum...aq nk kongsi cket dgn korg sume..bukan kisah lucu..kisah seram..boleh dkatakan ni kisah cinta gak la or mybe ksh ksh syg antara abg n adik...skrg ni aq telah knal dgn seorg perempuan yg umr die 14 years...xslap aq last year bln 5 kmi knl..WoOh pewittt comel beb..hehe : ) aq bkn nye pew...memng tertarik sgt...pndangan prtama wat aq cair...haha...hmmm jgn anggp aq ni tertarik dgn kecantikannya k..aq xpndng pun sume 2...aq knl dgn die coz tertarik sgt2 dgn budi bahasa..tutur kta die..n perangai die yg baik..aq thu die bknlah spa2 kt aq..tp sejak die hadir dlm hdup aq..aq ase cm ade smngat tuk aq berubh..berubh tuk jd lebh baik...lebih ingat pd y mha esa....insyaalllah!! aq dgn die just cm adk n abg yg sling menyayangi..nth la npe mkin hri aq mkin jatuh hti dgn die..n aq ase cm nk anggp lebih drpd 2..tp aq ase mybe xlyak kowt tuk aq wat andaian cm 2..mybe die dah de someone special dlm hdup die..haha ntah la..pape pun aq ptut syukur n terima kasih kt Allah S.W.T coz mempertemukan aq dgn die..pertemuan ni memang bermakna dlm hdup aq..cri2 perempuan yg aq nk ade pd dri die..aq xbleh nk luahkan cmne perasaan aq kt die...ckuplah hbungn aq dgn die just adk n abg...aq xboleh hrap ape2 pun drpd hbungn ni...tp if Allah S.W.T tentukan 2 jodoh aq..itulah..if x..aq redha dgn sume ni...aq hrap hbungn ni akn kekal hngga die dn aq dewasa...mybe 10 thun lg aq nk lihat die yg aq knl skrg ni dgn budi bhasanye..tutur kta die yg lemah lmbut akn kekal if aq msih berhubung dgn die..aq hrap die akn succes dlm hdup die..insyaallah dgn kudrat yg aq ade aq akn jga die baik2..aq akn try wat die happy..wat hdup die lebih bermakna..




Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk membawa aq ke jalan yg dredhai Allah S.W.T...Terima kasih ya Allah kau dh pertemukan aq dgn seorg wanita yg amt bermakna dlm hdup aq...wlaupun die bkn lah spe2...thankz You Allah!! aq xkn pnh lupa tuk mendoakn nya supaya aku akn dpt jmpe dia jika aq tinggalkn sekolah ini...aq hrap aq msih dpt berhubung dgn dia wau bnyk penghalang nya...





tnggal 6 Julai 1996....
Happy Birthday Siti Liyana..may God bless u..hehe...





































Monday, August 16, 2010

Tanggal 31 Julai 2010..saat yg pling best dlm hdup aqoo...stelah dnobatkan sbg tokoh pelajar SMK Datuk Haji MohD nOOR Ahmad...hehe xsngka bleh jd cmni..until now aq msih xpcaya n layak kah aq tuk jd tokoh pelajar ni...2 org calon aq dak pmpuan dr class science 2 lebih lyak tuk jd tokoh pelajar..Why ME??? aqoo ase xlyak coz dgn pncapaian akademik aqo bkn lah bgus sgt...boleh dkatakan ok la....hmm mybe ni rezeki aqoo..Aqoo ptut bersyukur kpada Allah S.W.T ats suma pemberian ni....n suma ni berkat doa mum aqo....aq asa ni mungkin permulaan tuk aqoo berusaha dgn lebih gigih..lebih yakin tuk wat yg terbaik dlm SPM aqoo...inSyaAllah...


.aq shocked kejap apabila nama aqoo dumumkan sebagai tokoh pelajar SMK dAtUk Haji Mohd Noor Ahmad....alhamdulillah n thankz kt sume member2 class aq 5 Baiduri coz bnyk tlong aqoo slama ni...tnpa ampa suma aq xmungkin ada kt sni...suma mmber2 form 5 yg knal aqo...n pda suma ckgu yg mengajar aqoo slama ni dari form 1 until now..aq hargai sgt2.....

Sunday, August 15, 2010

Maulud Nabi; Marilah bersatu sbgai satu ummah

>> SATURDAY, FEBRUARY 27, 2010

Tiada manusia yg cintanya kpd manusia lain setanding dgn cintanya Baginda s.a.w kepada kita.Hinggakan ketika sakitnya sakaratulmaut pun,Baginda tetap memikirkan kita dan meminta kpd Allah agar Allah memberikan sakit sakaratulmaut seluruh manusia kpd Baginda.Betapa kasihnya Baginda kpd kita...

Jika hari ini,Baginda s.a.w masih hidup,apakah reaksi Baginda pabila melihat kita berpecah belah?Sejujurnya,saya kesal dan sedih dgn perpecahan yg berlaku ini.Perpecahan yg dirancang.Siapa dalangnya?Yahudi laknat!

Sejarah membuktikan perang saudara antara umat islam slps kewafatan Baginda s.a.w terjadi kerana fitnah Yahudi.Dan sejarah Malaysia juga membuktikan,PAS dan UMNO bertelagah kerana politik dan isu-isu yg dicipta oleh ejen yahudi drpd kalangan kita-kita sendiri.
Firman Allah dlm surah al-Maidah ayat 87-'...Sesungguhnya Allah tidak menyukai org-org yg melampaui batas..'
Sedar atau tidak,kita berpecah belah kerana sikap kita yg melampaui batas.Allah benci sikap ini,tapi kita suka bersikap begini.Saya pernah bersolat di Terengganu dan Kelantan,dan saya melihat satu fenomena yg cukup jijik.Orang UMNO takkan pergi masjid PAS dan org PAS takkan pergi masjid UMNO!(related link)Gila!!mengapa rumah-rumah Allah ni mesti digunakan utk kepentingan peribadi?

Walaupun saya setuju dgn apa yg PAS perjuangkan,tapi saya tetap tak bersetuju dgn beberapa perkara.Banyak sebenarnya.Sikap kita yg fanatik berpolitik ini kadangkala menyebabkan kita lupa bahawa setiap umat islam adalah bersaudara.Kita lupa sabdaan Baginda bahawaumat islam umpama satu badan.Satu bahagian sakit,seluruhnya akan turut menderita.Keghairahan kita berpolitik seharusnya tidak menjadi penghalang drpd kita melaksanakan perintah Allah iaitu mengimarahkan rumah-rumah Allah(masjid dan surau).

Firman Allah juga,'Barangsiapa yg tidak memutuskan dgn apa yg diturunkan oleh Allah,maka mereka itulah org-org kafir'-al maidah ayat 44.

Tidak kita rasa gementar mendengar ayat ini?hari ini,berapa banyak undang-undang sesat Barat kita praktikkan?Berapa banyak hukum Allah dlm Quran yg kita praktikal kan?Allah tak turunkan perintahNya dgn sia-sia.Segala perintahNya adalah utk kesejahteraan kita.Lihat sajalah,zina dibiarkan tanpa pemimpin kita jalankan hukum islam(sebat),semakin hari semakin banyak anak muda hilang dara,mengandung anak luar nikah!Buang bayi pula!Sedih..ubatnya Allah dah bgtaw,tapi kita taknak guna sbb kononya hukum Allah tak relevant.Nauzubillah...

Org tabligh KALAU(saya maksudkan sesetengah) pula mereka seolah-olah tidak berminat dgn politik.Rata-rata tak mahu ambil tahu urusan politik.Ketahuilah,sunnah Baginda s.a.w yg terbesar ialah dakwah dan sunnah Baginda s.a.w yg kedua terbesar ialah memerintah dgn hukum islam.Jangan silap,dalam islam ada politik!modelnya ialah Baginda s.a.w sendiri!Selepas hijrah(perintah Allah),Baginda diangkat sbgai pemimpin Madinah.Kemudian slps pembukaan kota Mekah,Baginda menjadi pemimpin.Kesannya,islam berkembang.Islam ditegakkan!Hukum Allah dlm Quran dan sunnah Baginda semua sudah complete,namun beberapa perkara hanya dpt dilaksanakan jika kita berkuasa memerintah.Note;saya juga join tabligh =)

Allah juga melarang kita drpd mengharamkan apa yg baik dan dihalalkan oleh Allah.(al-maidah ayat 87).Hari ini,berapa banyak benda yg halal kita haramkan?contoh yg paling dekat ialah berkaitan perarakan maulidur rasul.Saya publish di blog saya.Sebenarnya jika ia satu cara utk memperingatkan kembali umat islam tentang Baginda rasul (yg kita lupakan sepanjang tahun kecuali semasa maulidurrasul),apa salahnya jika dianjurkan.Memang kita tak berkenan percampuran lelaki perempuan,maka disitu barulah kita bantah.Bukan di perarakan dan selawat.Apa yg kita tentang mestilah jelas!!

Dlm Quran juga diceritakan tentang larangan Allah kpd org beriman.Jgnlah kerana kebencian kita kpd sesuatu golongan itu menyebabkan kita menghalangi mereka drpd melakukan kebaikan.Memang kita benci sesetengah orang kerana mereka menzalimi kita.Namun,mereka masih islam dan bersaudara dgn kita.Jika mereka nak buat baik,jgnlah kita halang.Siapa tahu mereka akan insaf?

Satu orang kristian masuk islam tanpa didakwah.Apabila ditanya,dia kata saya tertarik dgn islam kerana 2 sebab.Pertama ialah islam itu bersih.Kedua,islam itu kuat.Saudara,jika kita masih bertelagah ats perkara-perkara sperti ini,hati-hatilah..semoga kita tidak menjadi sbb org bukan islam hilang minat kpd islam.

P/S-->Saya masih belajar.Apa yg saya tulis ini bukan bermaksud saya menunding jari kpd sesiapa,kerana mmg kita semua ada perbezaan.Tapi mengapa kita jadikan perbezaan itu sbgai penghalang utk kita bersatu?Jika anda rasa saya salah,tolonglah tegur.Saya berbesar hati ingin belajar dan memperbetulkan diri saya.Silakan~

Siti Nurhaliza Ya Rasullulah

Dah banyak kali saya dengar lagu Hijjaz yg bertajuk 'Dia kekasih Allah'.Tak rasa apapun bila dengar.Tapi malam tadi bila dengar balik lagu ni,rasa sayu sgt.Hiba rasa hati ni.Ada power jugak lagu ni sebenarnya.




'Malu rasanya,mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah'...Argh!!Sangat mendalam lirik ni.Sejak dulu org mengaku cinta akan Rasul.Rindu akan Baginda.Tapi umpama org mengigau dlm tidur,ramai tak tahu apa yg mereka telah cakapkan tu.

Jika benar cinta kita ialah kpd Rasul,sudah tentu kita mencontohi Baginda.Sunnah Baginda kita junjung.Harta peninggalan Baginda kita rebut(ilmu).Warisan Baginda s.a.w kita sanjung(ulama).Tapi,berapa kerat org yg buat apa yg dia cakap?Janganlah kita menjadi org-org yg dibenci oleh Allah dan Rasulnya sebagaimana diceritakan di dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3; iaitu org-org yg memperkatakan sesuatu yg tidak mereka kerjakan!

Cinta kepada Rasul itu adalah perintah Allah.Dalam Quran,cukup banyak perintah Allah utk mencintai Rasul.Tanda cinta itu banyak.Selawat itu cinta.Mengamalkan sunnah itu cinta.Namun,yg paling penting ialah mengikuti seluruh ajaran yg dibawa Baginda.Segala suruhan Baginda s.a.w kita ikut dan larangan Baginda,kita tinggal jauh-jauh.

Hari ini kita gagah menyambut hari-hari kebesaran Baginda.Kita gah menganjurkan sambutan maulidur rasul,tapi apakah ini semua?Cumalah satu sandiwara dusta dan pembohongan yg menjengkelkan sungguh!Apa kau kira Baginda akan gembira jika kau langgar semua tegahannya?Apakah kau kira Baginda akan suka jika sunnah Baginda kau rendah-rendahkan?Apakah kau fikir Baginda akan gembira walhal perjuangan Baginda kau tentang habis-habisan?(soalan ini berbalik kpd saya)
Jadilah kita seperti Saidina Umar r.a.Beliau ditanya oleh Rasulallah,bagaimanakah tahap cintamu kpd Allah dan Rasulnya?lalu Umar menjawab,'Aku mencintai Allah dan Rasul selepas aku mencintai diriku dan keluargaku'.Baginda bersabda,'Tidak!cintamu belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Aku cintakan Allah dan Rasul selepas aku cintakan diriku ini!'Baginda berkata lagi,'Tidak!Cintamu masih belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Oleh itu,aku cintakan Allah dan Rasul lebih drpd kencintaaanku kpd diriku,keluargaku dan seluruh dunia ini.

Kita tak sedar,bahawa Baginda sangat mencintai kita.Buktinya banyak!Semasa peristiwa israk dan mikraj pun Baginda sanggup memalukan muka meminta agar Allah kurangkan perintah solat 50 waktu kepada 5 waktu sahaja,kerana Baginda risau akan kemampuan kita!Semasa hampir wafat pun,tetap Baginda mengingati kita.'Ummati, umatku! Kita la tu!!Semasa sakaratulmaut pun Baginda meminta kpd Allah supaya kesakitan mati itu ditanggung oleh Baginda seorang,agar umatnya takkan merasa sakit!

Juga,salah satu cara utk kita mendapatkan halawatal iman(kemanisan iman) ialah dgn kita mencintai Allah dan Rasul lebih drpd segala-galanya.Bila dtg pertembungan antara kemahuan nafsu dengan kemahuan Allah,maka menangkanlah kehendak Allah.Barulah kita akan rasa indahnya hidup dlm ketaatan kpd Rabb.Barulah terasa segala perintah Allah itu indah.Nak beramal soleh pun rasa best!

Kesimpulannya.Adakah kita layak mengaku mencintai Rasulallah?Ayuh,kita turuti sunnah Baginda.Kita ikuti ajaran Baginda dan kita contohi akhlak dan peribadi Baginda.Kalau dulu kita banyak langgar ajaran Baginda,kita hina sunnah-sunnah Baginda,kita hina sahabat r.a,keluarga baginda atau ulama-ulama,makabertaubatlah sementara masih ada peluang utk disyafaatkan oleh Baginda.Taknak nak masuk syurga ke?Org yg taknak tu ialah org yg tak mentaati Baginda ='(

Assalamualaikum....bru2 ni adela terbce stu blog hmba Allah ni....hamba Allah ni pnh wujud dlm hdup aq....nth la bru smlm je aq tulis blog ni sl die...blik2 bla bce blog die....aq terkejut sgt2 !!! aq xpnh nk slahkan die dlm hbungan kmi dhulu....mngkin die xthu apa yg aq tulis kt blog aq 2 hari lepas.....aq sbg hambaMu ya Allah aq xpnh rasa perfect hdup aq....aq pun da kelemahan aq sndiri...suma mnusia dlm dunia ni sama sja....aq xpnh nk tduh seorg hamba Allah ni xperfect n jahil tntng agama....please!!!! aq xpnh nk berdendam dgn die...skrg ni niat aq ikhlas trima die as a friend...salahkah aku????aq xberniat pun nk salahkan die or sesiapa dlm hbungn kmi.....aq ase hbungn kmi dh berakhir dn aq hrp xdak dendam antra kmi....aq terdesak tulis hbungn kmi xbermakna sbb aq sendiri n mybe sbb rmai org yg xska kmi bhagia...mngkin gak die dh xthn dgn suma ni...aq redha dgn ketentuan ni....aq thu die ikhlas menyayangi diri aq....dn skrg die dtg blik dlm hdup aq.....aq xksh sbb mngkn die dh berubh utk diri die begitu gak dgn aq....aq happy dlm 2 gak aq xtahan tuk menangis n sedih sgt2 mlm 2 sbb aq xsngka doa aq yg nk die brubh tuk kebaikan dmakbulkanMu ya Allah....aq xpnh pndang die seorg yg xtw tntg agama....aq xpnh pun anggp mcm 2..ya Allah!!!tlongla hambamu ni....aq pun bkanla sebaik mana pun please !!!aq bersyukur sbb die sedar yg aq pun mcm 2 gak nk berubh tuk kebaikan...aq ase mybe die ingt aq dh de someone yg bru dlm hdup aq....aq mengaku memang....tp xlah aq nk ckp someone ni perfect sgt2....aq thu hbungan kmi ni cm adek n abg....sbb aq dh xyakin nk bercinta.....skrg ni niat aq nk berubah dan mula hdup bru....bkan mencari cinta dunia sje....dngrla !!!! fkirlah sejenak ???org ni xpnh nk slahkan sesiapa dlm hbungan ni....org ni xpnh anggp apa yg sahabat ckp semua 2...org ni hrap xdak pape yg nk kita benci n mula hdup bru...kita as khalifah kt dunia ni suma nya xperfect...sumanya sma...yg bezakan kita hnya ketakwaan n keimanan....perkara yg lepas xmungkin berulang lg...kita lupakan suma n mula hdup bru....hopely kta sbg umat islam xberdendam n ikhlas dlm bersaudara...xsalahkan kita lupakan suma 2....n mula hdup bru....harapan penulis blog ni....

Saturday, August 14, 2010

SAMBUT RAMADAN DENGAN RASA SYUKUR
 
RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud:  “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan.  Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.” 

Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.

Matlamat
Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa.  Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan. Ramadan ialah perkataan Arab dari kata dasar “Ramada” yang membawa dua pengertian:   Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang ke sembilan takwim Qamariah atau Hijriah kebanyakan Jazirah ke Arab atau kumpulan Arab berada dalam keadaan yang begitu panas dan bahang.

Kedua: Ada yang mentafsirkan Ramadan itu merupakan bulan ganjaran pahala orang yang berpuasa Ramadan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosanya yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:  “Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah sahaja akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.”  Riwayat Bukhari dan Muslim.
Difahamkan dengan sangat panas itu kemungkinan kekurangan bahan air di dalam tubuh badan lantaran berpuasa di samping hari panas menyebabkan badan kita terasa panas, begitu juga cuaca di kebanyakan negara Islam pada umumnya panas ketika bulan Ramadan.  Namun begitu maksud yang tersirat hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.
Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan meleburkan dosa-dosa dan kesalahan harian di samping penghidupan kita.

Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga ada memfardukan ibadat puasa miskipun keyakinan jiwanya berlainan.

Hikmah puasa dari sudut rohani juga boleh menguatkan keperibadian, meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan.  Puasa juga sebagai latihan rohaniah yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum, nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela, caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu. Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang Jerman, James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa, katanya, “Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Jesteru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.”
Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kesihatan bertepatan dengan kata-kata seorang ilmuan yang bermaksud: “Maidah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok kepada segala ubat.

Imam al-Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: “Perut besar seseorang yang kenyang, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan ibadat.
Penjelasan dari Imam al-Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderitaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun.

Ada orang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenal pasti supaya dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah SWT telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat Allah SWT pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang paling baik untuk kejadiannya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut. 

Single Better Than Couple..


Single and available


Siapa single? siapa available?...entri ni bukan nak mencari pasangan, bukan nak cari calon menantu mak. Sejak aku berkecimpung dalam arena facebook, status selalu menjadi sebutan. Single? in a relationship? its complicated? engaged? atau married? Pilih jangan tak pilih, biar semua tahu status kamu kini dan akan datang...

Aku pernah terbaca beberapa entri tentang status facebook dan masing2 punya pendapat tersendiri. Tapi benarkah tanggapan ini?

single ::: maknanya si jejaka/si gadis ingin memberitahu mereka masih 'kosong' dan sedia di'approach'.---- sila isi borang ya :)

in a relationship ::: maknanya diri telah berpunya dan awas tiada kekosongan di sini, harap maklum ya, sekiranya dia letak in a relationship with abu/ani maknanya dia mahu memperkenalkan si jantung hati kepada semua kenalan serta memberitahu "balak i handsome okey"

its complicated ::: hubungan yang tak pasti atau hubungan itu dilanda 'tsunami'----"sebenarnya i suka dia tapi dia tak sure nak kat i atau tak...so i confused la"...lebih kurang macam tu la.

engaged ::: sudah bertunang atau pon sesuatu hubungan yang confirm2 i love you forever..cinta mati la katakan----"saya cinta mati sama dia. jadi saya nggak mau cinta saya dikebas. makanya saya letak engaged biar semua nggak bisa coba2 mengorat dia"

married ::: maknanya sudah berkahwin la kan atau pon dalam perancangan ke jinjang pelamin. so memang xdak chance nakpeewwwittt lagi dah--- "opss sori, jari i berinai suda" :p


Macam2 tanggapan orang pasal status. Biasanya hal-hal ni dianggap personal info. tapi terpulang pada tuan punya badan sendiri sama ada nak berkongsi personal matter dengan kenalan sosial atau tidak. Janji kamu bahagia dengan diri sendiri (^_^).

Kaf ba ra kaf alif ta nun...

Kaf ba ra kaf alif ta nun

Itu sebutan dalam jawi. Bagi sebutan ruminya pula ialah KEBERKATAN. Semua orang pon faham la ni..Sebagai muslim kita mesti nak hidup dalam penuh keberkatan bukan. Tapi apa itu berkat?? Apa yang aku faham ialah berkat ni sesuatu yg kita dapat kebaikan yang berterusan. Kiranya sesuatu yang kita buat menjadi berkat pabila kita mendapat kebaikan daripadanya. Sama ada kebaikan yang kita sedari atau xsedari yang Allah kurniakan. Dari sekecik-kecik perkara pon yang kita buat, yang dipandang remeh sekiranya xberkati olehNya kita sendiri yang rugi.


Keberkatan ni penting dalam hidup kita, dari segi ilmu yang kita dapat, rezeki yang kita nikmati dan dalam apa saja yang kita buat.


Si adik: weh kakak, tolong aku sat
Si kakak: tolong apa?
Si adik: tolong cari kata ganda dalam buku teks bm ni
Si kakak: hah?kata ganda tu cmna? mampus la nak cari satu2 dlm buku teks ang ni
Si adik: kata ganda tu mcm kapal terbang...tapi kena cari kapal2 terbang, kira ada banyakla kapal terbang...ang cari jela dalam buku teks ni...dapat 3 4 pon jadila.
Si kakak: ala buat apa susah2, cikgu ang nak tau ka muka surat brpa ada kata ganda ni semua?
Si adik: hala...kena tulis kita amik dr muka surat brpa...
Si kakak: eleh, xyahla...ang letak jela muka surat brpa pon...cikgu ang tarak rajin la nak check satu2...
Si adik: xmau2...nanti xberkat ilmu aku...aku xmau mcm tu..
Si abang: ambik ang...(sambil ketawa berdekah-dekah hmpir 5 minit)
Si kakak: (xdak modal nak cakap)


Dialog kat atas ni cuma contoh benda kecik ja...membuatkan si kakak terpikir yang selama ini benda mcm ni dianggap remeh saja yela sbb kdg2 kita xpk pon bnda ni tapi sebenarnya benda kecik mcm ni la yang membawa keberkatan dalam hidup kita. 


rajin2 la baca kisah kat link ni, kagum dgn kisah 3


Seorang teman pernah ingatkan sesuatu


" kalau dalam sehari kita rasa mcm xkena, semua bnda yg kita buat jadi xbetul atau xlengkap cuba kita renungkan balik mcm mn permulaan hari kita, iaitu solat subuh kita"

YOU WANT THE BEST?? BE THE BEST FIRST....

~AKU BUKANNYA BAIK...TETAPI AKU INGINKAN YG TERBAIK...MAKA WAJIB KE ATAS DRIKU MENJADI BAIK... AKU JUGA INGIN MASOK KE SYURGA...MAKA TIADA PILIHAN LAIN LG BGKU MELAINKAN MELUNASKAN AMANAH DI DUNIA SBG TITI KE DESTINASI ABADI~


~LAWAN...HDOP INI MESTI MAU LAWAN....BUAT JAHAT MEMANG SERONOK....TAPI KENA BERANI TANGGONG LA SEKSAAN DI AKHIRAT KELAK....TAK TERTANGGUNG KITA...SUBHANALLAH.... TAK TERTANGGUNG KITA... SETIAP KEJAHATAN ITU TAK AKAN TERLEPAS DRPD HUKUMAN....TAK AKAN TERLEPAS... MAU LARI KE MANA KITA BILA SUDAH DI HADAPAN MAHA PENCIPTA...MAU KELENTONG APA KITA BILA DITANYA APAKAH PERBUATAN KITA SEPANJANG DI DUNIA... TAK BOLEH LARI KITA... TAK BOLEH LARI.... DI DUNIA BOLEH LA MAIN LARI2, SOROK2, SEMBUNYI2.... DI AKHIRAT NNTI??~


~ AKU INGIN LAWAN.... BKN MAU LAWAN ORG, LAWAN MAK AYAH...BUKAN BUKAN... NAK BERLAWAN DGN NAFSU...CHALLENGING TU... ORG BOLEH DAKI GUNUNG EVEREST, TERJUN DARI AEROPLANE, MENCABAR JGK TU...TP BERAPA RAMAI YG SANGGOP SAHUT CABARAN BERTARUNG DGN NAFSU?? TAK RAMAI... AKU MENGAKU... TERMASOKLAH AKU... BYK KALI TERKANDAS... & AKU YAKIN RAMAI JGK YG TEWAS... TAPI, SELAGI KITA HDOP, MASIH BERNYAWA, TAK ADA KATA MUNDUR... LAWAN TETAP LAWAN!!... WALAU SEBAGAIMANA SUSAH SEKALIPUN, AKU AKAN TRY,AKAN USAHA... SEHINGGA SUDAH TIBA MASA AKU MENYEBUT UTK KALI TERAKHIR KALIMAH SUCI "LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADUR ROSULULLAH"~


" I LUV ISLAM "


~MEKAR HDOP ISLAM SEPANJANG ZAMAN~