Cinta hAwA dAN aDAM....AmehemeYana DreamandHope

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''ا

(AKU DAN DIRIKU.. ME AND MYSELF..) "We Must Look The LIFE With Lift Up The Head To Stars Through A TELESCOPE Technique Even Also Needed Think Deeply The LIFE Like Showing Careful Attention To The Bacteria Through MICROSCOPE. The TWO LIFE, Far (Like Stars) And Near (Like Bacteria) Which Is Not Able For Us To Confront Or To Face Towards Without A Serious Observation And Earnest....."
mbed plugins

Saturday, August 14, 2010

SAMBUT RAMADAN DENGAN RASA SYUKUR
 
RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud:  “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan.  Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.” 

Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.

Matlamat
Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa.  Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan. Ramadan ialah perkataan Arab dari kata dasar “Ramada” yang membawa dua pengertian:   Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang ke sembilan takwim Qamariah atau Hijriah kebanyakan Jazirah ke Arab atau kumpulan Arab berada dalam keadaan yang begitu panas dan bahang.

Kedua: Ada yang mentafsirkan Ramadan itu merupakan bulan ganjaran pahala orang yang berpuasa Ramadan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosanya yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:  “Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah sahaja akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.”  Riwayat Bukhari dan Muslim.
Difahamkan dengan sangat panas itu kemungkinan kekurangan bahan air di dalam tubuh badan lantaran berpuasa di samping hari panas menyebabkan badan kita terasa panas, begitu juga cuaca di kebanyakan negara Islam pada umumnya panas ketika bulan Ramadan.  Namun begitu maksud yang tersirat hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.
Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan meleburkan dosa-dosa dan kesalahan harian di samping penghidupan kita.

Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga ada memfardukan ibadat puasa miskipun keyakinan jiwanya berlainan.

Hikmah puasa dari sudut rohani juga boleh menguatkan keperibadian, meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan.  Puasa juga sebagai latihan rohaniah yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum, nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela, caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu. Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang Jerman, James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa, katanya, “Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Jesteru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.”
Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kesihatan bertepatan dengan kata-kata seorang ilmuan yang bermaksud: “Maidah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok kepada segala ubat.

Imam al-Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: “Perut besar seseorang yang kenyang, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan ibadat.
Penjelasan dari Imam al-Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderitaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun.

Ada orang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenal pasti supaya dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah SWT telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat Allah SWT pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang paling baik untuk kejadiannya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut. 

No comments:

Post a Comment

YOU WANT THE BEST?? BE THE BEST FIRST....

~AKU BUKANNYA BAIK...TETAPI AKU INGINKAN YG TERBAIK...MAKA WAJIB KE ATAS DRIKU MENJADI BAIK... AKU JUGA INGIN MASOK KE SYURGA...MAKA TIADA PILIHAN LAIN LG BGKU MELAINKAN MELUNASKAN AMANAH DI DUNIA SBG TITI KE DESTINASI ABADI~


~LAWAN...HDOP INI MESTI MAU LAWAN....BUAT JAHAT MEMANG SERONOK....TAPI KENA BERANI TANGGONG LA SEKSAAN DI AKHIRAT KELAK....TAK TERTANGGUNG KITA...SUBHANALLAH.... TAK TERTANGGUNG KITA... SETIAP KEJAHATAN ITU TAK AKAN TERLEPAS DRPD HUKUMAN....TAK AKAN TERLEPAS... MAU LARI KE MANA KITA BILA SUDAH DI HADAPAN MAHA PENCIPTA...MAU KELENTONG APA KITA BILA DITANYA APAKAH PERBUATAN KITA SEPANJANG DI DUNIA... TAK BOLEH LARI KITA... TAK BOLEH LARI.... DI DUNIA BOLEH LA MAIN LARI2, SOROK2, SEMBUNYI2.... DI AKHIRAT NNTI??~


~ AKU INGIN LAWAN.... BKN MAU LAWAN ORG, LAWAN MAK AYAH...BUKAN BUKAN... NAK BERLAWAN DGN NAFSU...CHALLENGING TU... ORG BOLEH DAKI GUNUNG EVEREST, TERJUN DARI AEROPLANE, MENCABAR JGK TU...TP BERAPA RAMAI YG SANGGOP SAHUT CABARAN BERTARUNG DGN NAFSU?? TAK RAMAI... AKU MENGAKU... TERMASOKLAH AKU... BYK KALI TERKANDAS... & AKU YAKIN RAMAI JGK YG TEWAS... TAPI, SELAGI KITA HDOP, MASIH BERNYAWA, TAK ADA KATA MUNDUR... LAWAN TETAP LAWAN!!... WALAU SEBAGAIMANA SUSAH SEKALIPUN, AKU AKAN TRY,AKAN USAHA... SEHINGGA SUDAH TIBA MASA AKU MENYEBUT UTK KALI TERAKHIR KALIMAH SUCI "LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADUR ROSULULLAH"~


" I LUV ISLAM "


~MEKAR HDOP ISLAM SEPANJANG ZAMAN~