Cinta hAwA dAN aDAM....AmehemeYana DreamandHope

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''ا

(AKU DAN DIRIKU.. ME AND MYSELF..) "We Must Look The LIFE With Lift Up The Head To Stars Through A TELESCOPE Technique Even Also Needed Think Deeply The LIFE Like Showing Careful Attention To The Bacteria Through MICROSCOPE. The TWO LIFE, Far (Like Stars) And Near (Like Bacteria) Which Is Not Able For Us To Confront Or To Face Towards Without A Serious Observation And Earnest....."
mbed plugins

Sunday, August 15, 2010

Dah banyak kali saya dengar lagu Hijjaz yg bertajuk 'Dia kekasih Allah'.Tak rasa apapun bila dengar.Tapi malam tadi bila dengar balik lagu ni,rasa sayu sgt.Hiba rasa hati ni.Ada power jugak lagu ni sebenarnya.




'Malu rasanya,mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah'...Argh!!Sangat mendalam lirik ni.Sejak dulu org mengaku cinta akan Rasul.Rindu akan Baginda.Tapi umpama org mengigau dlm tidur,ramai tak tahu apa yg mereka telah cakapkan tu.

Jika benar cinta kita ialah kpd Rasul,sudah tentu kita mencontohi Baginda.Sunnah Baginda kita junjung.Harta peninggalan Baginda kita rebut(ilmu).Warisan Baginda s.a.w kita sanjung(ulama).Tapi,berapa kerat org yg buat apa yg dia cakap?Janganlah kita menjadi org-org yg dibenci oleh Allah dan Rasulnya sebagaimana diceritakan di dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3; iaitu org-org yg memperkatakan sesuatu yg tidak mereka kerjakan!

Cinta kepada Rasul itu adalah perintah Allah.Dalam Quran,cukup banyak perintah Allah utk mencintai Rasul.Tanda cinta itu banyak.Selawat itu cinta.Mengamalkan sunnah itu cinta.Namun,yg paling penting ialah mengikuti seluruh ajaran yg dibawa Baginda.Segala suruhan Baginda s.a.w kita ikut dan larangan Baginda,kita tinggal jauh-jauh.

Hari ini kita gagah menyambut hari-hari kebesaran Baginda.Kita gah menganjurkan sambutan maulidur rasul,tapi apakah ini semua?Cumalah satu sandiwara dusta dan pembohongan yg menjengkelkan sungguh!Apa kau kira Baginda akan gembira jika kau langgar semua tegahannya?Apakah kau kira Baginda akan suka jika sunnah Baginda kau rendah-rendahkan?Apakah kau fikir Baginda akan gembira walhal perjuangan Baginda kau tentang habis-habisan?(soalan ini berbalik kpd saya)
Jadilah kita seperti Saidina Umar r.a.Beliau ditanya oleh Rasulallah,bagaimanakah tahap cintamu kpd Allah dan Rasulnya?lalu Umar menjawab,'Aku mencintai Allah dan Rasul selepas aku mencintai diriku dan keluargaku'.Baginda bersabda,'Tidak!cintamu belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Aku cintakan Allah dan Rasul selepas aku cintakan diriku ini!'Baginda berkata lagi,'Tidak!Cintamu masih belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Oleh itu,aku cintakan Allah dan Rasul lebih drpd kencintaaanku kpd diriku,keluargaku dan seluruh dunia ini.

Kita tak sedar,bahawa Baginda sangat mencintai kita.Buktinya banyak!Semasa peristiwa israk dan mikraj pun Baginda sanggup memalukan muka meminta agar Allah kurangkan perintah solat 50 waktu kepada 5 waktu sahaja,kerana Baginda risau akan kemampuan kita!Semasa hampir wafat pun,tetap Baginda mengingati kita.'Ummati, umatku! Kita la tu!!Semasa sakaratulmaut pun Baginda meminta kpd Allah supaya kesakitan mati itu ditanggung oleh Baginda seorang,agar umatnya takkan merasa sakit!

Juga,salah satu cara utk kita mendapatkan halawatal iman(kemanisan iman) ialah dgn kita mencintai Allah dan Rasul lebih drpd segala-galanya.Bila dtg pertembungan antara kemahuan nafsu dengan kemahuan Allah,maka menangkanlah kehendak Allah.Barulah kita akan rasa indahnya hidup dlm ketaatan kpd Rabb.Barulah terasa segala perintah Allah itu indah.Nak beramal soleh pun rasa best!

Kesimpulannya.Adakah kita layak mengaku mencintai Rasulallah?Ayuh,kita turuti sunnah Baginda.Kita ikuti ajaran Baginda dan kita contohi akhlak dan peribadi Baginda.Kalau dulu kita banyak langgar ajaran Baginda,kita hina sunnah-sunnah Baginda,kita hina sahabat r.a,keluarga baginda atau ulama-ulama,makabertaubatlah sementara masih ada peluang utk disyafaatkan oleh Baginda.Taknak nak masuk syurga ke?Org yg taknak tu ialah org yg tak mentaati Baginda ='(

No comments:

Post a Comment

YOU WANT THE BEST?? BE THE BEST FIRST....

~AKU BUKANNYA BAIK...TETAPI AKU INGINKAN YG TERBAIK...MAKA WAJIB KE ATAS DRIKU MENJADI BAIK... AKU JUGA INGIN MASOK KE SYURGA...MAKA TIADA PILIHAN LAIN LG BGKU MELAINKAN MELUNASKAN AMANAH DI DUNIA SBG TITI KE DESTINASI ABADI~


~LAWAN...HDOP INI MESTI MAU LAWAN....BUAT JAHAT MEMANG SERONOK....TAPI KENA BERANI TANGGONG LA SEKSAAN DI AKHIRAT KELAK....TAK TERTANGGUNG KITA...SUBHANALLAH.... TAK TERTANGGUNG KITA... SETIAP KEJAHATAN ITU TAK AKAN TERLEPAS DRPD HUKUMAN....TAK AKAN TERLEPAS... MAU LARI KE MANA KITA BILA SUDAH DI HADAPAN MAHA PENCIPTA...MAU KELENTONG APA KITA BILA DITANYA APAKAH PERBUATAN KITA SEPANJANG DI DUNIA... TAK BOLEH LARI KITA... TAK BOLEH LARI.... DI DUNIA BOLEH LA MAIN LARI2, SOROK2, SEMBUNYI2.... DI AKHIRAT NNTI??~


~ AKU INGIN LAWAN.... BKN MAU LAWAN ORG, LAWAN MAK AYAH...BUKAN BUKAN... NAK BERLAWAN DGN NAFSU...CHALLENGING TU... ORG BOLEH DAKI GUNUNG EVEREST, TERJUN DARI AEROPLANE, MENCABAR JGK TU...TP BERAPA RAMAI YG SANGGOP SAHUT CABARAN BERTARUNG DGN NAFSU?? TAK RAMAI... AKU MENGAKU... TERMASOKLAH AKU... BYK KALI TERKANDAS... & AKU YAKIN RAMAI JGK YG TEWAS... TAPI, SELAGI KITA HDOP, MASIH BERNYAWA, TAK ADA KATA MUNDUR... LAWAN TETAP LAWAN!!... WALAU SEBAGAIMANA SUSAH SEKALIPUN, AKU AKAN TRY,AKAN USAHA... SEHINGGA SUDAH TIBA MASA AKU MENYEBUT UTK KALI TERAKHIR KALIMAH SUCI "LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADUR ROSULULLAH"~


" I LUV ISLAM "


~MEKAR HDOP ISLAM SEPANJANG ZAMAN~