Cinta hAwA dAN aDAM....AmehemeYana DreamandHope

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''ا

(AKU DAN DIRIKU.. ME AND MYSELF..) "We Must Look The LIFE With Lift Up The Head To Stars Through A TELESCOPE Technique Even Also Needed Think Deeply The LIFE Like Showing Careful Attention To The Bacteria Through MICROSCOPE. The TWO LIFE, Far (Like Stars) And Near (Like Bacteria) Which Is Not Able For Us To Confront Or To Face Towards Without A Serious Observation And Earnest....."
mbed plugins

Tuesday, December 21, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Apa khabar sahabat sahabiah sekalian? Semoga semuanya dalam lindungan rahmat Allah. InsyaAllah..

Kalau ada seseorang yang bertanyakan kepada kita, adakah kita cintakan Allah? Adakah kita cintakan Rasulullah? Pastinya, tanpa berfikir panjang, kita akan jawab, sudah pasti cintakan Allah dan RasulNya.

Tapi sahabat sahabiah sekalian, adakah benar kita cintakan Allah dan RasulNya? Atau jawapan itu hanya sekadar meniti di bibir tanpa ada kebenaran yang haqiqi di hati dan kebuktian melalui amalan? Hanya diri sendiri yang boleh menjawab persoalan ini.

Kalau cinta antara manusia, lelaki dan perempuan yang tiada ikatan halal antara mereka, sudah pasti cepat masyuk dengan kecintaan sementara itu. Kalau yang perempuan tanya , " Sayang, you cintakan I tak?"..Mesti yang lelaki akan menjawab. " I sayang sangat pada you."..Yang perempuan seterusnya bertanya, " Apa bukti you cintakan I?"..Sudah pasti ada yang menjawab, " Buktinya, demi cintamu, lautan api sanggup ku redah, gunung ganang sanggup didaki, bara api akan ku harungi untuk berkorban demi cintamu." Dan bermacam-macam lagi lah.

Tapi, kalau ditanya, apakah bukti kecintaan kepada Allah dan RasulNya? Kalau benar jawapan tadi mengatakan cintakan Allah dan RasulNya, bagaimana caranya? Adakah cukup sekadar kita ni mengucap di bibir. Ya, aku cintakan Allah dan RasulNya.

Kalau benar-benar cintakan kepada Allah dan RasulNya, kenapa kita sering lupa kepada Pencipta kita dan Baginda junjungan besar SAW? Kenapa kita seringkali lupa untuk mengucapkan rasa syukur atas segala nikmat dan ujian daripadaNya? Kenapa seringkali kita dahulukan kepentingan dunia berbanding kepentingan agama dan akhirat? Kenapa kita jarang sekali menyebut nama mereka? Kenapa kita jarang sekali memohon dan merayu kepada mereka? Kenapa kita seringkali tinggalkan Al-Quran dan As-Sunnah?

Nahh..benar-benar cintakah kita kepada mereka? Kita seringkali alpa dengan kehidupan dunia yang sementara. Sedangkan kita dicipta untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi, memakmurkan bumi, menyebarkan dakwah, memperjuangkan syiar Islam, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah seperti dalam firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim..

Apabila kita dilimpahi kesenangan, kita lupa kepada Dia. Kita bergelak tawa, berseronok, berhibur sehinggakan lupa kewajipan agama kita, lupakan Dia dalam hati kita. Tapi Dia tetap sayang kepada kita. Di waktu kita ditimpa musibah, barulah kita mengingati Dia. Tapi, selepas dilimpahi kesenangan semula, kita kembali alpa mengingatiNya. Layakkan kita dikatakan mencintai Dia?

Kita sering sandarkan harapan kita kepada makhluk. Tetapi kita tidak sandarkan harapan kita kepada Allah. Sedangkan hanya Allah yang mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita, apa yang terbaik buat diri kita. Apabila harapan disandarkan kepada makhluk, andaikata harapan itu tidak kesampaian, kita pasti akan berasa kecewa dan lemah semangat. Tetapi, jika kita sandarkan harapan kita hanya kepada Allah, insyaAllah, apa-apa pun yang berlaku kita tidak berasa kecewa dan lemah semangat kerana kita yakin bahawa Dia pasti tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia sudah aturkan segalanya terbaik buat diri kita.

Kalau bercinta sesama manusia, terutama dalam kalangan remaja yang asyik bercinta. Kata mereka, kalau tak berhubung, rasa rindu sangat-sangat, terbayang-bayang wajah si dia. Nah, itu cinta dunia. Kalau kita katakan kita cintakan Allah dan RasulNya, apa kita buat untuk salurkan rasa rindu kita itu? Berapa banyak masa yang dihabiskan untuk mengingati Allah dan RasulNya berbanding masa yang dihabiskan untuk mengingati si dia?


5 minit yang digunakan untuk berzikir dan berselawat, dirasakan sudah terlalu lama. Tetapi, jika kita berborak 5 minit dengan si dia, pasti tidak berasa puas. Belum cukup lagi untuk melepaskan rindu. Berapa banyak cinta kita kepada Allah dan RasulNya berbanding cinta kepada si dia?

MasyaAllah..Astaghfirullah..Banyaknya amalan kita yang salah di sisiNya. Malu rasanya untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW sebagai umat baginda. Baginda sangat kasihkan umatnya sehinggakan ketika sakaratulmaut menjemput pun masih menyebut " Ummati, ummati, ummati.." Dalam kesakitan tiada tandingan itu pun, baginda tetap mengingati kita. Baginda sanggup untuk menanggung kesakitan sakaratulmaut bagi seluruh umatnya kerana tidak mahu kesakitan sebegitu dirasakan kepada umat baginda. Betapa kasihnya Rasulullah SAW kepada kita. Tapi, kita seringkali alpa menjalankan sunnah baginda, seringkali lupa berselawat kepada Baginda.

Tetapi, Allah tetap sayang kepada kita. Allah tetap menunaikan doa kita. Allah tetap mendengar rintihan dan rayuan daripada kita. Tapi kita, bagaimana? Allahurabbi...

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami agar lebih dekatkan diri kami kepadaMu Ya Allah. Jangan lalaikan kami dengan keindahan dunia yang sementara ini. Terbitkan rasa rindu kami kepadaMu Ya Rahman...

Renungan: Allah cinta orang muda yang bertaubat


ALLAH berfirman maksudnya: *...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya
Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik.* * (Surah al-Baqarah,ayat 195).
Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah
kesempatan untuk mengumpul kebaikan.
Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): *Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.
Huraian ringkas hadis qudsi di atas adalah seperti berikut:
Pemurah adalah salah satu sifat terpuji. Bukankah Nabi Muhammad orang yang paling pemurah, maka Baginda mengajar kita agar menjadi pemurah. Pemurah bererti suka memberi, tidak kedekut atau bakhil.
Allah menyintai sesiapa saja yang bersifat pemurah, tetapi Allah lebih menyintai orang miskin yang pemurah. Orang kaya pemurah Allah cinta, tetapi orang miskin pemurah, Allah lebih cinta lagi. Sebabnya, kalau orang kaya atau mempunyai harta yang banyak bersedekah dan pemurah, itu hal yang biasa dan memang sepatutnya mereka lakukan. Orang miskin, selalu tidak kecukupan wang, namun mempunyai sifat pemurah, suka memberi walaupun dalam kesusahan. Nilai RM50 bagi orang kaya mungkin dirasa kecil, tetapi nilai itu besar dan bermakna bagi orang miskin. Orang kaya mudah memperoleh wang sebanyak itu, tetapi orang miskin terpaksa berhempas-pulas dan membanting tulang demi mendapatkannya, namun dia masih berjiwa pemurah. Sudut inilah yang mungkin dinilai oleh Allah. Sifat pemurah ini barang kali juga boleh diluaskan dari segi pemberian tenaga, keilmuan, pemikiran, nasihat berguna dan sebagainya. Allah menyintai sesiapa saja yang rendah hati, tidak meninggi diri dan sombong. Memang sewajarnya manusia tidak perlu berasa tinggi diri kerana di samping ia tidak layak bagi manusia, semua yang ada pada manusia, sama ada kekayaan, pangkat,
kesihatan dan sebagainya adalah kurniaan Allah semata-mata. Begitu pun, masih ada
manusia yang berlagak sombong. Maka, sesiapa di kalangan manusia yang rendah hati akan dicintai Allah, tetapi jika orang kaya yang rendah hati, Allah lebih cinta lagi. Ini kerana kalau orang miskin rendah hati itu wajar disebabkan mereka sedar dirinya yang susah. Tetapi orang kaya, biasanya kalau sudah banyak harta, mudah berlagak sombong dan berasa diri lebih daripada orang lain. Bagaimanapun, jika ada orang kaya, tetapi semakin rendah hati dan diri serta baik budi dan tidak sombong, malah suka membantu orang susah, ini dikira luar biasa. Maha bijaksananya Allah mendidik orang kaya secara halus agar mereka menjadi rendah hati hingga lebih mendapat kecintaan Allah.
Sesungguhnya Allah cintakan sesiapa saja yang bertaubat. Orang bertaubat adalah kekasih Allah dan orang bertaubat seolah-olah dia tidak mempunyai dosa, demikian makna sebuah hadis. Sesungguhnya Allah membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untuk bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit dari sebelah barat (kiamat) atau sebelum nyawa sampai pada kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup. Orang yang bertaubat ialah yang sedar terhadap kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi
daripada salah silap, maka perlu selalu bertaubat. Allah yang sifatnya Maha
Penerima taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripada hamba-Nya. Namun, ada
antara kita yang tidak insaf dan sedar, di mana apabila usia sudah tua baru datang kesedaran untuk bertaubat, sedangkan usia mudanya dihabiskan dengan perkara dosa dan melalaikan. Itupun masih bernasib baik kerana Allah memberi kesempatan bertaubat sebelum didatangi maut.
Sebab itu Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran untuk menjadi orang salih serta dekat dengan Allah. Maha Bijaksananya Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu ke usia tua. Ini kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama. Allah boleh menjemput yang muda, apa lagi yang tua. Orang muda mudah terdorong mengikuti hawa nafsu yang merosak dan terdedah kepada perkara maksiat, malah jarang orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan
banyak beramal salih. Inilah sebabnya Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat, kerana kalau orang tua yang bertaubat, maka itu sudah
sepatutnya dia berbuat demikian.

Monday, December 20, 2010



Alhamdulillah....habis ujian dunia ni ya Allah...iaitu Sijil Pelajaran Malaysia...pejam celik pejam celik dh habis....aq berserah sumanya kepadaMU ya Allah utk tentukan segala hasil dan kemampuan aq slama nih....aq hrp kau berkatilah usaha n penat lelah aq slama ni....ckup la sekadar apa yg aq mampu lakukan.....
Hari ni gak hari terakhir bg aq tuk pkai bju sekolah...slama 11 tahun aq pakai bju sekolah....usung beg skolah yg dipenuhi bertan2 bku teks...suma 2 xkn dpt aq lalui tnpa pengorbanan kedua Ibu Bapa aq....bila aq teringat balik betapa besarnya pengorbanan mereka....sukar untuk aq balas jasa mereka....insyaallah slagi hayat dkandung badan aq akn cuba utk mengembirakan hati mereka...dan membalas jasa dn pengorbanan mereka terhadap aq slama 17 tahun aq dlahirkan dmuka bumiMU ya Allah....



Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd Noor Ahmad....
inilah sekolah yg aq xkn pnh lupa seumur hidup aq....sukar utk aq tnggalkan....berat kaki aq utk melangkah keluar ke sekolah ni....yela bnyk kenangan manis pahit yg xkn aq boleh lupakan....
Kenangan manis yg paling best aq dnobatkan sbg Tokoh Pelajar Sekolah ni....mula2 memang aq xjngka utk dpt gelaran ni.....yela layak kah aq??masih tertnya2 dlm diri aq until now aq fkirkan...nk dkatakan seorg klw terpilih sbg tokoh pelajar msti ade result yg gempak dlm exam....tp result aq xlah gempak sgt....seimbang je...yah mybe result aq yg seimbng 2 n koku aq yg menyerlah 2 yg wat aq dpt gelaran ni....aq xsngka suma ni leh dpt....aq rasakan mmbe aq class sc 2 yg ptut dpt coz die da result exm yg gempak !!! koku pun bleh than....xpela suma 2 dh berlalu....syukur kt Allah atas pemberian ni....insyaallah aq perlu pgang amanah 2...aq akn cuba jd yg lebih baik....go go chaiyok...
pe lg haa??knangam manis kt sni...haa dpat anugerah olahragawan sekolah slama 2 tahun berturut....memang manis...yela mula2 msuk form 1 skol ni....tngok abg2 sume dpt mcm2...harumkan nama skol suma...aq pun terbukak hati utk tujuan yg sme gak....harumkan nama sekolah yg pnh tercalar dgn kes2 yg tertentu dlu....memang susah nk mulakan dari awl....terdetik hati aq utk terlibat dalam bidang olahraga ni bkn nye dtg dr mum or dad aq....dtg dr galakan mmbe2 aq yg ajk aq terlibat dlm larian...mula2 aq msuk just nk have fun....sihatkan badan...tp bila aq fkirkan blik woaahhh best gak olahraga ni....aq ase aq berbakat dlm bidang ni...n aq cuba tuk berkecimpung dlm bidang ni dgn lebih mendalam....alhamdulillah skrg aq dh berjaya harumkan nama sekolah dgn segala penat lelah aq slama ni....bgun awl2 kul 6 pg n ptg utk training...skrg aq dh pun menangi segala larian yg aq terlibat dan pling manis dpt tmpat ke-7 dlm Penang Bridge International Marathon 2008...meman susah nk gambarkan saat 2....segala jasa aq slama ni harap dapat dihargai oleh semua warga Smk Datuk Haji Mohd Noor Ahmad...yg paling pnting aq nk lihat Sekolah ni akn berjaya especially dlm bidang olahraga...dan akan ade pelapis2 yg bru yg akn dapat harumkan nma sekolah...insyaallah !!!


Selain 2 adela kenagan manis yg aq xkn boleh lupekan.....bertemu dgn someone yg wat hari2 aq tersenyum....lebih semangat tuk jalani hidup aq....aq xksh ape yg org nk ckp !!! hbungan aq dgn die biarlah rahsia.....ckupla sekadar hbungan kmi mcm ni....usia bknlah penghalang utk aq jadi teman die...bg aq suma manusia sme dan aq  xpnh nk anggp die seorg yg sempurna sgt2....memang jauh lg perjalanan hidup ni tuk kita mengetahui ape yg akn berlaku masa hadapan....manusia boleh berubah.....aq akn berpegang kepada prinsip 'cintakan Allah lebih bermakna daripada cintakan Manusia dan dunia'....niat aq nk bimbing die....nk bg hdup die always happy...dan aq akn pinjam amanah yg kau bg kt aq ya Allah utk aq bwa die ke jalan yg diredhai yg lurus dan mencapai cinta yg agung daripadaMU ya Allah...ni jela kowt kenagan manis aq slama ni...
haha yg lain2 korg pkirla sendiri....malas nk taip....Kenangan pahit biarlah rahsia utk aq kongsi kan kt korg.....sbb terlalu pahit utk ditelan...cewah baik punye ayat !!! 


Sebelum aq habiskan semua ni 


Hidup ini adalah perjuangan dan pengorbanan...
Jalan ini jalan yg panjang...penuh godaan , ujian , tentangan , dan rintangan....


Selamat Tinggal Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd Noor Ahmad !!! 
Selamat Tinggal guru2 yg aq sanjungi...yg penat lelah mengajar aq erti kehiddupan......
Selamat Tinggal suma warga Sekolah terutamanya junior yg selalu support diri ini....jasa anda semua tak kan boleh dilupakan....
Selamat Tinggal sahabat2 suma....doakan diri ini sentiasa berjaya dgn cemerlang dunia dan akhirat...
Warga sekolah SMKDHMNA DO the BEST and make HISTORY TO YOUR SCHOOL with succes in academic and cocuriculum....insyaallah...



Monday, December 13, 2010

Bace ni...satu kisah pd zaman nabi....seorg remaja yg menyayat hati...dan meginsafkan...



Assalamualaikum....dh tngok video ni???dh fkir dh???betapa hebatnye remaja yg bernama Saa'labah.....spe tngok sedutan rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu(Namaku Remaja) yg beri pendedahan tentang remaja pd zaman skrg....mmng best dan menyayat hati bila kita fkirkan blik...susah sgt ke kita nk cntohi remaja yg bernama Saa'labah...sedih sgt bila dkupas blik ksh ni...aq nk kongsi cket dgn korg sume....ksh ni dsampaikan oleh penceramah muda yg bru bergiat dlm dunia dakwah xlain xbukan Tuan Syed Mohd NorHisyam Tuan Padang...beliau menceritakan tentang ksh Saa'labah yg telah melakukan satu dosa besar....yg tkowt akn dosanya...dipendekkan cerita pd stu hari Saa'labah jatuh sakit....Rasulullah S.A.W dtg menziarahinya dan memapah Saa'labah diriba Rasullullah....kemudian Saa'labah ketepikan kepalanya drpd riba Rasulullah dan Rasulullah bertanya kenapa whai Saa'labah??Saa'labah berkata whai Rasulullah kepala yg penuh dosa ini tidak layak utk berada di atas ribamu whai Rasulullah...Saa'labah ketepikan kepalanya...dan Rasulullah bertanya wahai Saa'labah kau nak apa???dan Saa'labah menjawab wahai Rasulullah aku mahukan keampunan Allah...Rasullullah bertanya lg apa cita2 kamu wahai Saa'labah???Saa'labah menjawab cita2 aku hanya nk msuk syurga sahaja dan dosa yg aku buat tolongla doa agar Allah ampunkan dosaku...lalu Rasulullah berkata wahai Saa'labah aku menjamin apa yg kamu nak dan cita-cita kamu itu....inilah bukti taubatmu whai Saa'labah....dan akhirnya Saa'labah menghembus nafasnya yg terakhir di atas riba Rasulullah S.A.W...yg menariknya dlm kisah ni...semasa pengebumian Saa'labah...Rasulullah dtg agak lewat...sahabat Rasulullah dah terlalu ramai di kubur...dan mereka memberi laluan kepada Rasulullah tuk melihat jenazah Saa'labah...Rasulullah kemudian berjalan masuk dan kelihatan tersekat2...Dan sahabat Rasulullah bertnya wahai Rasulullah kami dah buka jalan kenapa Rasulullah berjalan tersekat2 dan tidak selesa....Rasulullah menyatakan kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yg hadir menghantar Saa'labah ke kubur Saa'labah...wallahualam...inilah remaja yg perlu kita contohi...kita fkirkan blik???yg selanjutnya korg tngok lah video kt atas 2...harap korg suma ambil iktibar drpd ksh ni....kita sma2 ubah diri kita jd remaja yg menegakkan sunnah nabi...dan menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini...jd seorg remaja yg berpegang kepada agama Allah...dan cemerlang dunia dan akhirat..insyaallah....bukan utk diri ini sahaja k...kita2 sma2 ubah......

Bacelah penulis blog Lagenda Budak Scoot....harapan penulis blog ni...

Assalamualaikum....bru2 ni adela terbce stu blog hmba Allah ni....hamba Allah ni pnh wujud dlm hdup aq....nth la bru smlm je aq tulis blog ni sl die...blik2 bla bce blog die....aq terkejut sgt2 !!! aq xpnh nk slahkan die dlm hbungan kmi dhulu....mngkin die xthu apa yg aq tulis kt blog aq 2 hari lepas.....aq sbg hambaMu ya Allah aq xpnh rasa perfect hdup aq....aq pun da kelemahan aq sndiri...suma mnusia dlm dunia ni sama sja....aq xpnh nk tduh seorg hamba Allah ni xperfect n jahil tntng agama....please!!!! aq xpnh nk berdendam dgn die...skrg ni niat aq ikhlas trima die as a friend...salahkah aku????aq xberniat pun nk salahkan die or sesiapa dlm hbungn kmi.....aq ase hbungn kmi dh berakhir dn aq hrp xdak dendam antra kmi....aq terdesak tulis hbungn kmi xbermakna sbb aq sendiri n mybe sbb rmai org yg xska kmi bhagia...mngkin gak die dh xthn dgn suma ni...aq redha dgn ketentuan ni....aq thu die ikhlas menyayangi diri aq....dn skrg die dtg blik dlm hdup aq.....aq xksh sbb mngkn die dh berubh utk diri die begitu gak dgn aq....aq happy dlm 2 gak aq xtahan tuk menangis n sedih sgt2 mlm 2 sbb aq xsngka doa aq yg nk die brubh tuk kebaikan dmakbulkanMu ya Allah....aq xpnh pndang die seorg yg xtw tntg agama....aq xpnh pun anggp mcm 2..ya Allah!!!tlongla hambamu ni....aq pun bkanla sebaik mana pun please !!!aq bersyukur sbb die sedar yg aq pun mcm 2 gak nk berubh tuk kebaikan...aq ase mybe die ingt aq dh de someone yg bru dlm hdup aq....aq mengaku memang....tp xlah aq nk ckp someone ni perfect sgt2....aq thu hbungan kmi ni cm adek n abg....sbb aq dh xyakin nk bercinta.....skrg ni niat aq nk berubah dan mula hdup bru....bkan mencari cinta dunia sje....dngrla !!!! fkirlah sejenak ???org ni xpnh nk slahkan sesiapa dlm hbungan ni....org ni xpnh anggp apa yg sahabat ckp semua 2...org ni hrap xdak pape yg nk kita benci n mula hdup bru...kita as khalifah kt dunia ni suma nya xperfect...sumanya sma...yg bezakan kita hnya ketakwaan n keimanan....perkara yg lepas xmungkin berulang lg...kita lupakan suma n mula hdup bru....hopely kta sbg umat islam xberdendam n ikhlas dlm bersaudara...xsalahkan kita lupakan suma 2....n mula hdup bru....harapan penulis blog ni....

Sunday, December 12, 2010

Aku nk berubah tuk kebaikan....







Iktiraf
by RAIHAN


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....npe haa aq msih dtakuk yg lma??mkin hari aku mkin jauh dgn Allah S.W.T...smpi skrg aq msih lakukan dosa...msih wat bnda2 yg ke arah negative..
bila la aq akn berubah??xkan aq perlu tnggu smpi ke tua bru nak bertaubat....ya Allah tlong la hambaMU ni...wallahualam dunia skrg dh nk kiamat...entah bila??aq pun xtw...hanya yg Maha Berkuasa sje yg thu...tp npe haa mkin dekat hari yg xbwa apa makna harta benda,anak2 suma 2....mkin bnyk kemaksiatan,gejala2 sosial yg berlaku....masih xsedar lg ka??ke nk mengejar dunia dhulu..haa aq xboleh nk ckp sl bnda ni...aq pun sme gak...xlah sebaik2 mna pun..sbb suma mnusia sme je....yg beza antara kita hnya ketakwaan dan keimana kita pd Allah S.W.T...yah aq mngaku yg aq ni mkin jauh dgn Allah...mkin aq dkt dgn NYA...seribu langkah Nya pada aq...memang perlu pengorbanan yg bnyk tuk dptkan cinta yg agung drpd Allah S.W.T...amal ikhlas dlm lakukan amal ibadat kerana NYA....insyaallah aq akn cri cinta yg amat bermakna dlm hdup aq...CINTAKAN ALLAH S.W.T LEBIH DARIPADA SEGALA2NYA....insyaallah...


Ke-2 CINTAKAN RASULULLAH S.W.T....
skrg ni aq telah sedar betapa banyaknya pengorbanan nabi kita yg terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W pada umat kita....mari kita renungkan sme2...bru2 ni aq sedih mendengar ksah nabi yg dsampaikan oleh penceramah yg terkenal iaitu DR Danial dlm rancangan HALAQAH SENTUHAN QALBU....bhawa Nabi tidak makan dan minum....slama 3 hari , dapurnya x berasap....Nabi Muhammad S.A.W solat smpi bengkak lutut dan kaki...mengalir airmata DR Danial smbil menceritakan ksah itu....aq fkir2kan balik npe aq dan kta skrg ni msih x ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W...kita akui kita ni sygkan Nabi tetapi mcm na kita nk jdkan Nabi Muhammad S.A.W idola kita???teladan kita dlm kehidupan seharian kita....insyaallah dgn kekuatan yg ada....slagi aku msih hdup ddunia ni....aq akn cuba berubah..jadikan Nabi Muhammad S.A.W idola aku dlm khidupan aku....aq perlu cuba mengikuti sunnah nabi...aq akn cuba dgn sedaya upaya aku...insyaallah...


Ke-3 CINTA KEPADA MAK DAN ABAH
Haa susah tuk aq kecapi dunia hari ini.....berdiri teguh dgn skongan mereka berdua.....Mak n Abah aq PN SITI ROHANI BT HJ MOHD NOOR AHMAD...n EN SHAMSUDIN B.SAAD....aq menangis sbb terkenangkan betapa banyaknya pengorbanan mereka terhadap aku....yela sbb aq asa aq lah anak yg pling bnyk menyusahkan mereka....aq lah anak yg telah mengecewakan mereka dlm family aku...ntah la aq xthu nk wat mcm mana dh...dgn lihat airmata Mak dan Abah aq.....aq thu mereka nk sgt lihat aq berjaya....bnyk pengorbanan mereka trhadap aq....aq perlu berubah...dan terus berubah tuk buktikan pda Mak n Abah yg aq boleh lakukan yg terbaik pda mereka...aq nk sgt berbakti pda mereka....aq nk sgt lihat mereka bhagia dgn hasil usaha aq.....ya Allah aq thu ya Allah aq dh bnyk lukakan hati mereka......aq thu bkn sng tuk aq lalui semua ni...aq harap aq dpt gembirakan mereka dgn keputusan SPM next year....


Ke-4  Insan yg bernama Siti Liyana 
Alhamdulillah dh setahun lebih aq knal dgn die....aq dh thu tentang die...family die wlau xbnyk...aq dh pham die seorg yg pendiam...pemalu...kuat mrajuk n marah(hehe)...pndai ambil berat...seorg yg penyayang lemah lembut(sopan-santun)....yg plng penting die da pgangan agama...yeah...die dh bnyk wat hari2 aku penuh dgn snyuman...pnuh dgn kegembiraan....haha yahoooo!!!!!  bestnye !!!! hbungan aq dgn die mybe sbg insan yg sling berkasih syg kerana Allah S.W.T..nth la apa yg aq nk dlm hbungan kejujuran n keikhlasan...dn djauhi drpd perkara2 yg xelok.....aq xnk hbungan ni berlandskn nafsu semata2 cm remaja zmn skrg ni...yg berpegang2 tngan....berdua2 duan...aq xnk suma 2....aq nk berubah aq nk hbungan ni kmi sling nasihat menasihati tntg agama....brckp tntg kebesaran Allah S.W.T...aq bersyukur sbb knl dgn die....bersyukur if hbungn kmi mcm ni...xkeluar berdua2...hanya berpandangan mata...bertegur sprti biasa...aq phm wlau bnyk penghalangnya...aq dh ase ketenangan bila dgn die....aq xnk ksh dulu brulang kembali....skrg ni aq hnya nk fkirkan die(Liyana) sje dlm hdup aq....aq thu usia kmi memang jauh...sukar tuk aq tahu adakah die akan kekal brsma dgn aq hngga dewasa kelak...hnya Allah S.W.T yg thu adakah die untuk aq...atau sebalik nya....harapan aq nk sgt lihat n jmpe die dlm mse 10 thun lg dgn perangai/skap die cm 2....insyaallah if ade jdoh aq dgn die....thankz ya Allah sbb kau dh bg peluang kt aq utk mengenali diri nya Siti Liyana...



YOU WANT THE BEST?? BE THE BEST FIRST....

~AKU BUKANNYA BAIK...TETAPI AKU INGINKAN YG TERBAIK...MAKA WAJIB KE ATAS DRIKU MENJADI BAIK... AKU JUGA INGIN MASOK KE SYURGA...MAKA TIADA PILIHAN LAIN LG BGKU MELAINKAN MELUNASKAN AMANAH DI DUNIA SBG TITI KE DESTINASI ABADI~


~LAWAN...HDOP INI MESTI MAU LAWAN....BUAT JAHAT MEMANG SERONOK....TAPI KENA BERANI TANGGONG LA SEKSAAN DI AKHIRAT KELAK....TAK TERTANGGUNG KITA...SUBHANALLAH.... TAK TERTANGGUNG KITA... SETIAP KEJAHATAN ITU TAK AKAN TERLEPAS DRPD HUKUMAN....TAK AKAN TERLEPAS... MAU LARI KE MANA KITA BILA SUDAH DI HADAPAN MAHA PENCIPTA...MAU KELENTONG APA KITA BILA DITANYA APAKAH PERBUATAN KITA SEPANJANG DI DUNIA... TAK BOLEH LARI KITA... TAK BOLEH LARI.... DI DUNIA BOLEH LA MAIN LARI2, SOROK2, SEMBUNYI2.... DI AKHIRAT NNTI??~


~ AKU INGIN LAWAN.... BKN MAU LAWAN ORG, LAWAN MAK AYAH...BUKAN BUKAN... NAK BERLAWAN DGN NAFSU...CHALLENGING TU... ORG BOLEH DAKI GUNUNG EVEREST, TERJUN DARI AEROPLANE, MENCABAR JGK TU...TP BERAPA RAMAI YG SANGGOP SAHUT CABARAN BERTARUNG DGN NAFSU?? TAK RAMAI... AKU MENGAKU... TERMASOKLAH AKU... BYK KALI TERKANDAS... & AKU YAKIN RAMAI JGK YG TEWAS... TAPI, SELAGI KITA HDOP, MASIH BERNYAWA, TAK ADA KATA MUNDUR... LAWAN TETAP LAWAN!!... WALAU SEBAGAIMANA SUSAH SEKALIPUN, AKU AKAN TRY,AKAN USAHA... SEHINGGA SUDAH TIBA MASA AKU MENYEBUT UTK KALI TERAKHIR KALIMAH SUCI "LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADUR ROSULULLAH"~


" I LUV ISLAM "


~MEKAR HDOP ISLAM SEPANJANG ZAMAN~