Cinta hAwA dAN aDAM....AmehemeYana DreamandHope

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''ا

(AKU DAN DIRIKU.. ME AND MYSELF..) "We Must Look The LIFE With Lift Up The Head To Stars Through A TELESCOPE Technique Even Also Needed Think Deeply The LIFE Like Showing Careful Attention To The Bacteria Through MICROSCOPE. The TWO LIFE, Far (Like Stars) And Near (Like Bacteria) Which Is Not Able For Us To Confront Or To Face Towards Without A Serious Observation And Earnest....."
mbed plugins

Tuesday, December 21, 2010

Renungan: Allah cinta orang muda yang bertaubat


ALLAH berfirman maksudnya: *...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya
Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik.* * (Surah al-Baqarah,ayat 195).
Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah
kesempatan untuk mengumpul kebaikan.
Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): *Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.
Huraian ringkas hadis qudsi di atas adalah seperti berikut:
Pemurah adalah salah satu sifat terpuji. Bukankah Nabi Muhammad orang yang paling pemurah, maka Baginda mengajar kita agar menjadi pemurah. Pemurah bererti suka memberi, tidak kedekut atau bakhil.
Allah menyintai sesiapa saja yang bersifat pemurah, tetapi Allah lebih menyintai orang miskin yang pemurah. Orang kaya pemurah Allah cinta, tetapi orang miskin pemurah, Allah lebih cinta lagi. Sebabnya, kalau orang kaya atau mempunyai harta yang banyak bersedekah dan pemurah, itu hal yang biasa dan memang sepatutnya mereka lakukan. Orang miskin, selalu tidak kecukupan wang, namun mempunyai sifat pemurah, suka memberi walaupun dalam kesusahan. Nilai RM50 bagi orang kaya mungkin dirasa kecil, tetapi nilai itu besar dan bermakna bagi orang miskin. Orang kaya mudah memperoleh wang sebanyak itu, tetapi orang miskin terpaksa berhempas-pulas dan membanting tulang demi mendapatkannya, namun dia masih berjiwa pemurah. Sudut inilah yang mungkin dinilai oleh Allah. Sifat pemurah ini barang kali juga boleh diluaskan dari segi pemberian tenaga, keilmuan, pemikiran, nasihat berguna dan sebagainya. Allah menyintai sesiapa saja yang rendah hati, tidak meninggi diri dan sombong. Memang sewajarnya manusia tidak perlu berasa tinggi diri kerana di samping ia tidak layak bagi manusia, semua yang ada pada manusia, sama ada kekayaan, pangkat,
kesihatan dan sebagainya adalah kurniaan Allah semata-mata. Begitu pun, masih ada
manusia yang berlagak sombong. Maka, sesiapa di kalangan manusia yang rendah hati akan dicintai Allah, tetapi jika orang kaya yang rendah hati, Allah lebih cinta lagi. Ini kerana kalau orang miskin rendah hati itu wajar disebabkan mereka sedar dirinya yang susah. Tetapi orang kaya, biasanya kalau sudah banyak harta, mudah berlagak sombong dan berasa diri lebih daripada orang lain. Bagaimanapun, jika ada orang kaya, tetapi semakin rendah hati dan diri serta baik budi dan tidak sombong, malah suka membantu orang susah, ini dikira luar biasa. Maha bijaksananya Allah mendidik orang kaya secara halus agar mereka menjadi rendah hati hingga lebih mendapat kecintaan Allah.
Sesungguhnya Allah cintakan sesiapa saja yang bertaubat. Orang bertaubat adalah kekasih Allah dan orang bertaubat seolah-olah dia tidak mempunyai dosa, demikian makna sebuah hadis. Sesungguhnya Allah membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untuk bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit dari sebelah barat (kiamat) atau sebelum nyawa sampai pada kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup. Orang yang bertaubat ialah yang sedar terhadap kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi
daripada salah silap, maka perlu selalu bertaubat. Allah yang sifatnya Maha
Penerima taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripada hamba-Nya. Namun, ada
antara kita yang tidak insaf dan sedar, di mana apabila usia sudah tua baru datang kesedaran untuk bertaubat, sedangkan usia mudanya dihabiskan dengan perkara dosa dan melalaikan. Itupun masih bernasib baik kerana Allah memberi kesempatan bertaubat sebelum didatangi maut.
Sebab itu Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran untuk menjadi orang salih serta dekat dengan Allah. Maha Bijaksananya Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu ke usia tua. Ini kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama. Allah boleh menjemput yang muda, apa lagi yang tua. Orang muda mudah terdorong mengikuti hawa nafsu yang merosak dan terdedah kepada perkara maksiat, malah jarang orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan
banyak beramal salih. Inilah sebabnya Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat, kerana kalau orang tua yang bertaubat, maka itu sudah
sepatutnya dia berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

YOU WANT THE BEST?? BE THE BEST FIRST....

~AKU BUKANNYA BAIK...TETAPI AKU INGINKAN YG TERBAIK...MAKA WAJIB KE ATAS DRIKU MENJADI BAIK... AKU JUGA INGIN MASOK KE SYURGA...MAKA TIADA PILIHAN LAIN LG BGKU MELAINKAN MELUNASKAN AMANAH DI DUNIA SBG TITI KE DESTINASI ABADI~


~LAWAN...HDOP INI MESTI MAU LAWAN....BUAT JAHAT MEMANG SERONOK....TAPI KENA BERANI TANGGONG LA SEKSAAN DI AKHIRAT KELAK....TAK TERTANGGUNG KITA...SUBHANALLAH.... TAK TERTANGGUNG KITA... SETIAP KEJAHATAN ITU TAK AKAN TERLEPAS DRPD HUKUMAN....TAK AKAN TERLEPAS... MAU LARI KE MANA KITA BILA SUDAH DI HADAPAN MAHA PENCIPTA...MAU KELENTONG APA KITA BILA DITANYA APAKAH PERBUATAN KITA SEPANJANG DI DUNIA... TAK BOLEH LARI KITA... TAK BOLEH LARI.... DI DUNIA BOLEH LA MAIN LARI2, SOROK2, SEMBUNYI2.... DI AKHIRAT NNTI??~


~ AKU INGIN LAWAN.... BKN MAU LAWAN ORG, LAWAN MAK AYAH...BUKAN BUKAN... NAK BERLAWAN DGN NAFSU...CHALLENGING TU... ORG BOLEH DAKI GUNUNG EVEREST, TERJUN DARI AEROPLANE, MENCABAR JGK TU...TP BERAPA RAMAI YG SANGGOP SAHUT CABARAN BERTARUNG DGN NAFSU?? TAK RAMAI... AKU MENGAKU... TERMASOKLAH AKU... BYK KALI TERKANDAS... & AKU YAKIN RAMAI JGK YG TEWAS... TAPI, SELAGI KITA HDOP, MASIH BERNYAWA, TAK ADA KATA MUNDUR... LAWAN TETAP LAWAN!!... WALAU SEBAGAIMANA SUSAH SEKALIPUN, AKU AKAN TRY,AKAN USAHA... SEHINGGA SUDAH TIBA MASA AKU MENYEBUT UTK KALI TERAKHIR KALIMAH SUCI "LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADUR ROSULULLAH"~


" I LUV ISLAM "


~MEKAR HDOP ISLAM SEPANJANG ZAMAN~