Cinta hAwA dAN aDAM....AmehemeYana DreamandHope

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''ا

(AKU DAN DIRIKU.. ME AND MYSELF..) "We Must Look The LIFE With Lift Up The Head To Stars Through A TELESCOPE Technique Even Also Needed Think Deeply The LIFE Like Showing Careful Attention To The Bacteria Through MICROSCOPE. The TWO LIFE, Far (Like Stars) And Near (Like Bacteria) Which Is Not Able For Us To Confront Or To Face Towards Without A Serious Observation And Earnest....."
mbed plugins

Tuesday, January 18, 2011


Perkongsian: Cinta dan Allah redha.

Cinta, adakah semudah mengikat tali kasut?
Cinta, adakah semudah mengikat tali kasut?
Manusia kalau tengah bercinta, orang kata macam orang yang mabuk. Dia sudah tidak kisah sekelilingnya. Dia sudah tidak kisah orang lain. Yang dia fikirkan adalah orang yang dicintainya sahaja. Orang kata, lautan api sanggup diredah, gunung everest sanggup dipanjat. Prinsip dan maruah diri sanggup digadai.
Saya berulang kali kata, saya tidak mengiktiraf itu sebagai cinta.
Pada saya, apa namanya cinta jika di akhirat nanti berbalahan? Apa namanya cinta jika di akhirat nanti kedua-duanya terhumban ke neraka? Ketika itu, baru kita tersedar bahawa cinta yang kita kata cinta itu bukan cinta sebenarnya.
Pada saya, hubungan lelaki perempuan yang boleh kita katakan cinta adalah, apabila Allah redha dengan apa yang dikatakan cinta oleh kita itu. Hubungan yang membawa ke syurga. Hubungan yang menyisih dari neraka.
Dan soalan popular yang menyusul pandangan saya ini adalah:
“Bagaimana?”
Bagaimana bercinta dan nak Allah redha?
Itu soalan paling popular.
Jawapan saya mudah. Masa bercinta itu, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
Dalam bercinta, kita dapat lihat bahawa ruang melakukan maksiat sangat banyak. Kita akan terpanggil untuk berdua-duaan, bergayut telefon berpanjangan, ingin bersama keluar makan, ingin tenung menenung bergurauan, dan 1001 macam lagi perbuatan pasangan yang belum kahwin tetapi gaya macam dah kahwin yang hari ini kita boleh lihat dan perhatikan.
Maka, hendak bercinta dalam keadaan yang Allah redha, tinggalkanlah semua itu. Jalankan cinta dengan keimanan, ketaqwaan. Rasa pengawasan yang tinggi dalam melaksanakan hak-hak Allah SWT.
Jadi macam mana cinta kita berjalan?
Mudah. Kalau sudah jatuh hati, pergi selidik dahulu latar belakangnya. Lihat profilnya macam mana. Tidak salah kalau hendak mengkaji hidupnya. Tanya kawan-kawannya. Ini untuk yang rasa nak berhati-hati memilih calon pasangan. Tetapi kalau dah suka sangat, terus terang sahaja. Hantar surat, atau cakap direct. Tak salah.
“Saya suka awak, boleh awak jadi isteri saya?” Mudah. Dosa pun tidak.
Kalau dah setuju, lihatlah keadaan. Nak bertunang dulu ke, nak bersabar dulu ke. Yang penting, selepas ungkap cinta, pergi la ta’aruf dan berkenalan degan keluarganya. Jangan lupa beritahu mak ayah supaya bina hubungan dengan keluarganya.
Kemudian, nak dating? Pergi dating dengan satu famili sekali. Rindu nak jumpa? Pergi ziarah rumah bakal mertua. Habis cerita.
Pada saya, konsep nak bercinta untuk dapat redha Allah ini mudah. Apa-apa sahaja yang membuatkan kita dengan pasangan kita ke neraka, adalah apa yang perlu kita hindari. Kita tidak mahu bergaduhan di akhira nanti, salah menyalahkan sesama sendiri.
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)” Surah Az-Zukhruf ayat 67.
Susah la…
Ah…
Ini satu ayat lagi yang keluar. Saya tidak faham kenapa susah. Saya ingin tanya, yang kata susah ni, nak apa sebenarnya? Anda tetap nak berdating dua-dua, pegang tangan, manja-manja? Konon-konon taktik ni tak romantik dan sebagainya?
Ah… Saya tak pernah kata taktik ni romantik. Nak buat macam suami isteri, lepas kahwin la. Ini saya bagi jalan, untuk bercinta sebelum kahwin. Jadi kena buat gaya sebelum kahwin la. Kalau nak sentuh-sentuh, nak dua-dua kat taman, nak bonceng motor sama-sama, lepas kahwin la.
Di sinilah yang membezakan mereka yang serius bercinta untuk redha Allah, dengan mereka yang bercinta main-main.
Orang yang faham cintanya adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT, akan melihat masa hadapannya jauh. Dia akan lihat bahawa dia akan jadi suami/isteri kepada orang lain, dia akan jadi ayah/ibu kepada anak-anak, dia akan jadi ketua/pembantu keluarga, dan di akhirat kelak mereka akan menjadi yang dipertanggungjawabkan atas apa yang terjadi dalam keluarga mereka.
Mereka ini, tak akan bercinta untuk seronok-seronok sahaja.
“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminun ayat 115.
Maka, adakah dengan kefahaman ini kita yang hendak bercinta kerana Allah akan melakukan apa yang Allah tidak suka dalam perjalanan cinta kita? Malah kita akan percepatkan perkahwinan kita bagi mengelakkan banyak perkara yang Allah benci.
Kalau betul nak romantik sangat, propose la. Habis cerita.
Kemudian sambung cinta kita dengan bercinta selepas kahwin.
Tapi kalau orang tanya, bercinta sebelum kahwin itu boleh atau tidak?
Saya kata boleh. Tapi bila bercinta macam saya cakap tadi la. Selain itu, saya tak kata boleh ya.
Projek Cinta, hanya yang serius
Saya suka la nak tanya geng-geng yang bercinta ni.
Korang semua, masa bercinta ada buat plan tak? Atau terus aja i love you, you love me dan sebagainya? Ada buat perancangan ke? Ada nampak tak cinta ini macam satu projek untuk dapat redha Allah SWT? Atau bila dah suka, pakai redah aja?
Lihat firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).” Surah Al-Hasyr ayat 18-20.
Sebab itu, saya kira, ramai yang menafsirkan cinta itu buta. Saya fikir, ‘cinta buta’ itu tak termasuk dalam cinta. Pada saya, cinta itu menghidupkan dan menjelaskan. Itulah dia cinta orang yang beriman.
Bagi yang benar bercinta untuk dapat redha Allah, pastinya membuat perancangan akan cintanya. Macam mana dia nak approach, macam mana dia nak berkenalan, macam mana dia nak melamar, macam mana dia berkahwin, macam mana dia nak bina keluarganya, dengan apa dia nak sara keluarganya, dan sebagainya.
Saya tanya, siapa yang bila bercinta fikir semua ini? Ha… anda nampak beza orang serius dengan orang yang tidak serius?
Saya hairan. Kalau orang ambil peperiksaan, dan ada niat nak berjaya, mereka pulun tak boleh blah punya la. Studi sampai lewat malam. Ada yang sampai termuntah-muntah. Semata-mata nak berjaya.
Tetapi kenapa orang yang kata nak bercinta untuk dapat redha Allah, yang bercinta kerana nak bahagia dunia akhirat, tak ada perancangan, tak ada usaha yang kemas, tak mati-matian dalam menjalankan apa yang Allah nak atas jalan percintaan ini?
Saya hairan dan sangat-sangat hairan.
Sekarang saya mahu anda lihat kembali projek cinta anda.
Persembahkan projek cinta anda itu kepada Allah. Adakah anda rasa Allah akan menerimanya?
Penutup: Bercinta, diri, keluarga, masa hadapan
Dua orang yang bercinta, dan mereka fikir keseronokan diri mereka sahaja, hakikatnya mereka telah zalim kepada cinta itu, diri mereka, keluarga mereka, dan masa hadapan mereka. Mereka yang telah melangkah larangan Allah SWT dalam alam percintaan ini hakikatnya telah mencampakkan diri mereka ke arah kehancuran. Mereka telah menolak kebahagiaan.
Oh, ada yang berkata begini kepada saya:
“Saya buat yang syara’, tapi perkahwinan saya gagal. Kawan saya, dating-dating, couple-couple, tapi perkahwinan mereka sampai sekarang kekal”
Baik, berikan saya statistik kes kahwin ikut syara’ gagal dan kahwin tak syara’ berjaya, bersama dengan statistik bilangan anak luar nikah dan remaja yang jalankan seks bebas. Ya, berikan kepada saya. Jangan anda ukur sesuatu benda itu buruk dan baik hanya dengan kes-kes terpencil sahaja. Cuba anda lihat dunia sekarang yang mengalami masalah HIV dan AIDS yang tak reda-reda?
Saya tidak menilai baik itu apa yang manusia kata baik. Saya juga tidak menilai buruk itu apa yang manusia kata buruk. Saya menilai baik itu apa yang Allah kata baik. Saya juga menilai buruk itu degan apa yang Allah kata buruk.
Dalam bercinta juga demikian.
Kita nak cinta yang Allah redha. Cinta yang Allah senang.
Cinta yang menembus ke syurga.
Bukan cinta yang terhenti sekadar di dunia.

Friday, January 14, 2011

Kisah siti fatimah r.a menangis apabila orang yahudi hendak melihat jubah ayahnya Rasulullah saw.
Inbu Abbas r.a berkata,di negeri sham ada seorang Yahudi yang membaca kitab Taurat pada hari sabtu.Dalam bacaannya maka sampailah pada ayat yang menyebut akan sifat-sifat Nabi Muhammad saw.Sifat-sifat Nabi Muhammad sawitu diterangkan dalam 4 lembaran,lalu orang yahudi itu pum memotong akan ayat tersebut dan dia membakarnya.Kemudian pada minggu berikutnya pada hari sabtu,orang yahudi membaca lagi kitab tauratnya,kali ini dia menjumpai 12 lembaran tentang sifat-sifat Rasulullah saw,lalu berkata
“kalau aku potong hadis pun,semua isi taurat menggambarkan sifat-sifat nabi Muhammad saw”
Kemudian,orang yahudi pergi mendapatkan kawan-kawannya lalu bertanya
“siapakah Muhammad saw itu”
Berkata kawan-kawanya “Nabi Muhammad saw itu penipu,lebih baik kamu jangan melihat dia dan jangan sampai dia melihat kamu”.
Setelah mendengar keterangan kawan-kawannya,maka berkata orang yahudi itu
“Wahai kawan-kawanku,demi kitab taurat yang diturunkan kepada Musa,janganlah kamu semua melarang aku dari menziarahi Nabi Muhammad saw”

Oleh sebab orang yahudi itu sangat-sangat hendak mengetahui tentang Nabi Muhammad saw,maka dia pun bertolak ke madinah,apabila sampai ke kota madinah,dia bertemu dengan salman r.a.Oleh kerana salaman r.a kelihatan tampan,maka orang yahudi itu menyangka dia adalah Nabi Muhammad saw,padahal Nabi Muhammad saw telah wafat 3 hari yang lepas.Setelah salman r.a mendengar kata-kata yahudi itu,maka menangislah salman r.a sambil berkata:
“Aku hanyalah hamba sahayanya saja”.
Lalu Salman r.a berfikir dalam hatinya
“kalau aku katakana Rasulullah saw telah meninggal dunia pasti dia akan balik.Dan kalau aku katakan Rasulullah saw masih hidup,aku telah berdusta”.
Setelah berfikir Salman r.a pun berkata :
“Marilah tuan,kita berjumpa dengan sahabat-sahabat saya”

Salman r.a pun membawa orang yahudi itu ke masjid,sampai di masjid para sahabat masih bersedih peninggalan Rasulullah saw.Ketika Salman r.a membawa orang yahudi itu masuk ke masjid,lalu orang yahudi itu berkata:
“Assalamualaika ya Muhammad”
Orang yahudi itu menyangka rasulullah saw masih hidup.
Apabila para sahabat mendengar ucapan orang yahudi itu,mka banyaklah yang menangis sehingga bertanya para sahabat :
“Siapakah kamu?yang membangkitkan kesedihan kami kembali,adakah kamu orang Gharid,apakah kamu tidak tahu bahawa Rasulullah saw baru 3 hari wafat”.
Sebaik saja orang yahudi itu mendengar penjelasan dari para sahabat maka berkatalah dia :
“Alangkah malangnya aku,alangkah sia-sianya perjalananku”.
Kata orang yahudi itu lagi :
“Adakah ali ada disini yang dapat menerangkan sifat Nabi Muhammad saw”.
Kebetulan Ali r.a berada di kalangan para sahabat dan Ali r.a berkata :
“Ya,Ali ada di sini”.
Kata orang yahudi :“Adakah kamu Ali?”
Ali r.a mengakuinya dan berkata orang yahudi itu :
“Saya telah mendapat nama kamu dalam taurat”
Kemudian Ali r.a pun menerangkan tentang Rasulullah saw katanya :
“Rasululllah saw tidaklah terlampau tinggi dan tidaklah terlampau pendek,kepala beliau bulat,dahi beliau lebar,bola mata beliau,tebal alisnya,kalau beliau ketawa akan keluar cahaya dari sela giginya,beliau berbulu dada,cantik tapak tangannyadan di antara kedua bahu beliau ada tanda
“khatamun nubuwwah”

Setelah mendengar keterangan dari Ali r.a , maka orang yahudi itu berkata:
“Wahai Ali,memang benar apa yang kamu katakana itu”.
Kemudian berkata orang yahudi itu lagi :
“Itulah sifat-sifat Nabi Muhammad saw dalam kitab taurat”
Bertanya orang yahudi itu:
“Apakah ada lagi baju yang dipakai oleh beliau?”
Ali r.a berkata:”Ya,masih ada lagi”.
Ali r.a pun mengarahkan Salman r.a pergi ke rumahnya untuk mengambil baju yang dipakai oleh Rasulullah saw( jubah )


Setelah Salman r.a sampai di rumah Siti Fatimah maka dia pun berkata :
“Wahai tempat kebanggaan pada Nabi,wahai keindahan para wali”.
Pada waktu itu,Al-Hassan dan Al-Hussin sedang menangis,Salman r.a mengetuk pintu dan Siti Fatimah r.a bertanya :
“Siapakah yang mengetuk pintu rumah orang-orang yatim?”.
Salman r.a memperkenalkan dirinya dan menyampaikan pesanan dari Ali r.a

Apabila Siti Fatimah r.a mendengar kata-kata Salman maka menangislah Siti Fatimah sambil berkata :
“Siapakah yang akan memakai jubah ayahku?”.
Salman r.a pun memceritakan halo rang yahudi itu dari mula hingga akhir,setelah itu Siti Fatimah pun mengeluarkan Jubah Rasulullah saw yang mempunyai 7 tampal,yang ditampal dengan tali serat kurma.Sebaik sahaja Salman r.a menerima jubah trsebut maka dia pun kembali kepada Ali r.a dan memberikan kepadanya.Lalu Ali r.a pun menyerahkan kepada orang yahudi itu,orang yahudi itu pun mencium,dan berkata :
“Alangkah harumnya”.

Kemudian orang yahudi itu pergi ke makam Rasulullah saw lalu dia melihat ke langit sambil berkata :
“Ya Allah,aku percaya bahawa engkau adalah tunggal,Maha Esa,tidak berhajat dan selalu dihajatkan dan aku percaya yang berada di makam ini adalah kekasihMu dan utusanMu dan aku percaya tentang semua yang diajarkan.
Ya Allah ,jika engkau menerima Islamku, maka ambillah rohku sekarang juga, maka dengan tiba-tiba matilah dia, lalu Ali r.a pun memandikan orang itu dan dikebumikan di Baq’il Ghargad.




Wednesday, January 12, 2011

Cintaku hanya untukMu

bismiLLah…
Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu
HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali 
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat
Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah 

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini
BUKTI CINTA
Seusai sahaja penulis mendengar dan menikmati lirik lagu ini.. fikiran penulis lantas meninggalkan kerisauan dalam hati ini. Alhamdulillah ya Allah..kerana sentiasa membimbing diri ini saat susah dan senang. Penulis nak ajak semua pembaca adik-adik, kakak-kakak agar kita sentiasa meletakkan CINTA pertama kita hanya untukNYA…cinta yang HAKIKI.Our Ultimate Love. Boleh?
Bila kita berkata mengenai CINTA..bolehkah kita buktikan? Apa bukti kita, Allah yang paling kita cinta ? Ayuh! bersama kita susuli, perjalanan Kekasih Allah…Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini. Kisah Nabi Ibrahim merupakan salah satu kisah para anbiya yang benar-benar mengusik jiwa dan penulis yakin sesiapa yang mengaku sudah meletakkan Cintanya hanya kepadaNya..pasti akan diuji.Nabi pun pernah diuji, kapan pula kita yang penuh dengan dosa ini? Previous entry
ZAMAN SEKARANG
Sepuluh tahun dahulu,jarang-jarang kita dengar tentang isu remaja seperti sekarang. Dah ramai bloggers yang rasanya mengulas panjang mengenai BABY HATCH dan lain-lain. Di sinilah wujudnya konsep aku pedulism. Berapa banyak kawan-kawan sekeliling penulis yang berada di overseas yang tak pernah sedar, yang tanah air  kita lah tempat kita ‘memberi’ dan berkhidmat suatu hari nanti. Semua memikirkan mengenai study dan terus study.Dengan surroundingyang sebegini, semua mak ayah takut nak membesarkan anak-anak mereka. Kata ustaz, besar lagi pahala ibubapa sekarang mendidik anak-anak berbanding zaman nenk moyang kita. Allahu akbar!
Bila kita berborak-borak mengenai apakah penyelesaian kepada keruntuhan akhlak ummah kita zaman ini? What comes first on your mind? Baby Hatch? Did you really thing so? Tak kan? Specialnya kita,umat islam secara fitrahnya tahuthis is not the solutions. Anyhow we will try to think back again.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
ISLAM IS WAY OF LIFE
Allah dan utusanNya meninggalkan kita satu MANUAL..yup..Al Furqan yang membimbing manusia kearah yang benar. Bila kita bercakap mengenai pergaulan dan mualamat kita dengan golongan yang ajnabi. How many people will accept that Islam also teach us how to do so? Everything is in ‘there’, the Quran.
Penulis petik dari blog abusaif. Harapnya bermanfaat buat yang masih mencari-cari. It’s has been a while since I talk about this. Maybe sometimes it is very important as, my duty to remind my sisters out there.
BATAS PERGAULAN
Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:
33_53
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.
2245
Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!
33_53-i
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
abadan abada..
Allah!
Ya Allah
jadikanlah aku merasa RINDU selalu hanya pada Mu,
jadikanlah CINTA ku khas hanya untuk Mu,
jadikanlah aku sentiasa MERASA kan kehadiran Mu,
jadikanlah susah dan senang ku hanya berpegang dengan Mu,
jadikanlah sakit sembuh ku hanya mengharapkan syifa’ Mu,
jadikanlah hidup mati ku hanya berpaut dengan Mu,
daaiman, daaiman, daaiman

Tuesday, January 11, 2011

 

LIMA PENAWAR HATI
www.Halaqah.net
Editor : Muhammad Amir bin Shamsudin
Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.
Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.
Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.
Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

Saturday, January 8, 2011

HALAQAH (UsiaKu)


Panelis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz 

  • Akal mampu mengangkat darjat seseorg manusia lebih tinggi drpd malaikat, & akal juga mampu menjatuhkan darjat seseorg manusia serendah-rendah haiwan.

     
  • Manusia perlu ingat sebelum melakukan sekecil2 dosa kerana balasan dosa sudah tentunya neraka. Sepertimana kita igtkan elektrik blh mndatangkan bahaya wlpn terkena setitik air, mcm 2 jgk lah kita igtkan balasan neraka terhadap sekecil2 dosa.

     
  • Nabi kata, "Sejahat2 manusia antara kamu ialah semakin tua semakin buruk kelakuannya" dan "Sebaik2 kamu ialah singkat umurnya, tetapi memberi manfaat kpd org lain". Sebagai contoh, IMAM NAWAWI walaupun umurnya singkat, setakat hidupnya 40thn, namun mampu memberikan bakti & masih kekal ilmunya sehingga ke hari ini.

     
  • Bahagikan masa kita kpd tiga bahagian ;
    1/3 - diri sndri (tidur, mkn, mandi, dll)
    1/3 - manusia (berkhidmat utk mnusia, bersedekah, kongsi ilmu, dll)
    1/3 - ALLAH (solat, puasa sunat, igt Allah, dll)

     
  • Sambut hari lahir mengikut cara ISLAM seperti baca doa selamat, nk sambut mkn kek x jadi mslh, tp jgn ikut cara barat (menyanyi, tiup lilin)

     
  • Akan ditanya nnti di akhirat apakah yg sdh dilakukan di dunia (bakti) sepanjang hayat kita.

     
  • Seelok2nya, ibu bapa perlu igtkan anak2 akan usia mereka & pesan supaya x sia2kan usia.

     
  • Pepatah Arab ada mengatakan bahawa "MASA ADALAH EMAS".

     
  • Waktu muda ni blajaq la sebyk mungkin sbb nnti dh besar, umur 30,40 dh dpt PhD, blh sumbang bakti kpd org ramai.

     

Ramai yg lupakan nikmat sihat. Bila dh sakit, baru nk igt Allah, baru nk buat e2 ini.





  • Pada thn 2011 ini, bertambahlah umur kita lagi sethn...  Apa yg bakal terjadi esok, lusa, dan hari2 yg seterusnya, hanya Allah yg lebih tahu...  Cuma bagi kita sbg manusia, setiap detik amat berharga...  Berlalunya 0.01 saat pn tdk blh berpatah blk...  Gunakan masa dgn sebaik mungkin selagi hayat dikandung badan... Masih muda, masih sihat, masih kaya...gunakan dgn sebaik mungkin...  Hidup kna ada tujuan & matlamat...  Dan harus diingat, Allah tdk jadikan kita sia2...cuma kita shj yg mensia2kan hdup...  Semua ada fungsi & peranan...  Cuma kita perlu muhasabah dri utk mencari matlamat itu...  Sempena thn baru ini, berbekalkan azam & smgt baru, sama2lah kita ubah & perbaiki kecacatan lalu...  Tutup buku lama, buka buku baru...  Selagi nyawa tdk smpai lg ke halkum, masih ada ruang & kesempatan...  Jgn putus asa, kuatkan dri, berdoa mnta kekuatan drpd yg ESA...  Jgn putus asa drpd rahmat-NYA...  insyaAllah, DIA ada bersama kita...  Last word from me -ISLAM ITU HEBAT  (*_*)


* Siaran ulangan HALAQAH pada setiap hari Isnin, 9.00 am - sesiapa yg ketinggalan blh tonton pd hari & waktu yg dinyatakan td....  sambil2 mkn kt kedai mamak, suruh mamak bkak TV9, tgk ramai2........ sambil2 bca paper kt office 2, klau ada tv tu, on la jp pkol 9... ajak bos tgk skali.... huhuhu...

** YANG BAIK ITU DTG DRPD ALLAH, YG CELA & HINA DTG DRPD DRI SY SNDRI... MOHON MAAF SEKIRANYA TERDPT INFORMASI YG SALAH.... ASSALAMUALAIKUM....

YOU WANT THE BEST?? BE THE BEST FIRST....

~AKU BUKANNYA BAIK...TETAPI AKU INGINKAN YG TERBAIK...MAKA WAJIB KE ATAS DRIKU MENJADI BAIK... AKU JUGA INGIN MASOK KE SYURGA...MAKA TIADA PILIHAN LAIN LG BGKU MELAINKAN MELUNASKAN AMANAH DI DUNIA SBG TITI KE DESTINASI ABADI~


~LAWAN...HDOP INI MESTI MAU LAWAN....BUAT JAHAT MEMANG SERONOK....TAPI KENA BERANI TANGGONG LA SEKSAAN DI AKHIRAT KELAK....TAK TERTANGGUNG KITA...SUBHANALLAH.... TAK TERTANGGUNG KITA... SETIAP KEJAHATAN ITU TAK AKAN TERLEPAS DRPD HUKUMAN....TAK AKAN TERLEPAS... MAU LARI KE MANA KITA BILA SUDAH DI HADAPAN MAHA PENCIPTA...MAU KELENTONG APA KITA BILA DITANYA APAKAH PERBUATAN KITA SEPANJANG DI DUNIA... TAK BOLEH LARI KITA... TAK BOLEH LARI.... DI DUNIA BOLEH LA MAIN LARI2, SOROK2, SEMBUNYI2.... DI AKHIRAT NNTI??~


~ AKU INGIN LAWAN.... BKN MAU LAWAN ORG, LAWAN MAK AYAH...BUKAN BUKAN... NAK BERLAWAN DGN NAFSU...CHALLENGING TU... ORG BOLEH DAKI GUNUNG EVEREST, TERJUN DARI AEROPLANE, MENCABAR JGK TU...TP BERAPA RAMAI YG SANGGOP SAHUT CABARAN BERTARUNG DGN NAFSU?? TAK RAMAI... AKU MENGAKU... TERMASOKLAH AKU... BYK KALI TERKANDAS... & AKU YAKIN RAMAI JGK YG TEWAS... TAPI, SELAGI KITA HDOP, MASIH BERNYAWA, TAK ADA KATA MUNDUR... LAWAN TETAP LAWAN!!... WALAU SEBAGAIMANA SUSAH SEKALIPUN, AKU AKAN TRY,AKAN USAHA... SEHINGGA SUDAH TIBA MASA AKU MENYEBUT UTK KALI TERAKHIR KALIMAH SUCI "LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADUR ROSULULLAH"~


" I LUV ISLAM "


~MEKAR HDOP ISLAM SEPANJANG ZAMAN~